Wednesday, February 21, 2018

HARGAI SETIAP DETIK BERSAMA YANG TERSAYANG

February 21, 2018 5
Bila anak2 merengek dan buat hal, kadangkala amarah tu datang jugak. Aku lupa, mungkin suatu masa dahulu aku jugak begitu.



Hari bersama anak-anak tidak mungkin dikembalikan. Masa kecil mereka tidak mungkin berulang. Anak-anak semakin membesar dan kita pula semakin tua.



Jadi ibu bapa ni kena banyak bersabar dan galilah ilmu parenting. Pernah dengar pasal tantarum? ๐Ÿ‘‰Ha elok baca entri ni๐Ÿ‘ˆ

Bila tengok keadaan emak yang tak sihat, aku sedih. Bila mak mula marah dan membebel, aku sedih jugak ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญMungkin itulah aku pada masa tuaku. Usia emak makin meningkat. Bila-bila masa sahaja. Kita pun sama, kena sentiasa bersedia. Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan semuanya ditangan Allah swt. Emak adalah segala-galanya. Doanya sentiasa mengiringi perjalanan setiap anak-anaknya. Terima kasih mak di atas segala pengorbanan dan penat lelah membesarkan aku.



Abah seorang yang soft-spoken dan jarang marah. Selalu memberi nasihat. Kalau kitaorang nak keluar rumah atau ditinggalkan di rumah, ini adalah di antara pesanan arwah abah:
"jangan main api"
"jangan main sungai"
"jangan lupa sembahyang"
"jangan inke sangat" (ingke=terlalu suka atau gembira)
"nak seberang jalan, jangan lupa tengok kiri dan kanan".



Ketika itu aku hanya tersenyum dan dalam hati berkata2 banyak beno pesanan abah ni ๐Ÿ˜€. Kadang-kadang tak ambik pusing sangat pesanan abah tu. Tak sangka abah pergi tiba-tiba dan begitu sahaja. Tiada sebarang tanda. Walaupun dah lebih 15 tahun abah meninggalkan kami, tapi rindu pada abah tak pernah pudar. Kadangkala penyesalan itu timbul kerana tidak menghargai masa yang Allah peruntukan ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Doaku agar abah di tempatkan bersama dalam kalangan orang yang beriman dan syurga Firdaus untuknya. Aamiin.

Hargailah masa yang ada bersama yang tersayang. Tidak kira masa bersama anak-anak, suami mahupun ibu bapa. THE BIG WHY aku join SHAKLEE ni pun kerana famili. Mahu tingkatkan kesihatan dan bantu kewangan famili. Semoga suatu hari nanti cita-citaku untuk jadi WAHM akan tercapai. Aku ingin melihat dan membesarkan anak-anak di depan mata. Cabaran dunia sekarang, kadang-kadang mnyesakkan malah menakutkan. Semoga anak-anakku sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Fatin Hamzah
Trusted SID 1094300
#UmmiSihat
Ummi yang kecik molek tapi berjiwa besar.
Bantu mereka yang memerlukan.
I am big CP supporter ๐Ÿ˜๐Ÿ˜€๐Ÿ˜Š

Monday, February 19, 2018

Testimoni YOUTH SHAKLEE

February 19, 2018 14
Kenapa kita perlu pilih YOUTH sebagai skincare ?
.
Sebab paling utama adalah YOUTH Skincare Shaklee ni adalah 100% bahannya menggunakan tumbuh-tumbuhan, tidak diuji ke atas haiwan dan bebas gluten!
.
Dan yang kedua kerana semua produk ini mengandungi polifenol yang membantu membaikpulih kulit muka hingga ke peringkat sel. Terbaik. Ini bermakna kulit sihat dari akar lagi.



Jom ikuti testimoni YOUTH skincare dari SHAKLEE.

Youth Effect di Eropah.
Tidak mengira umur, Youth dipakai untuk semua golongan.








Youth Effect di Malaysia. 
Bukan hanya wanita, lelaki pun teruja untuk mencuba produk YOUTH ni.








Bole klik entri ini juga. Sangat menarik untuk dibaca ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Untuk pre order boleh wasap saya ye.
1 Mac 2018 ni set YOUTH akan mula dijual di pasaran Malaysia.



Friday, February 16, 2018

TINGKATKAN KESIHATAN SENDI DENGAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

February 16, 2018 10

KENAPA PENTINGNYA KOLAGEN KEPADA KESIHATAN SENDI???



Sakit lutut dan sakit sendi saling berkait rapat. Sakit lutut berlaku sebab tulang rawan mula haus dan terhakis serta kolagen dalam tulang rawan mula rosak dan berkurangan.


50% daripada tulang rawan memang terdiri dari kolagen. Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, kolagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

Badan boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri, bagaimanapun masalah berlaku apabila bilangan kolagen yang dihasilkan oleh badan tidak dapat lagi menampung keperluan menggantikan bilangan kolagen yang telah rosak.

Fungsi kolagen:
1. Memberi regangan kepada sendi
2. Menjaga rangka lutut
3. Memelihara tulang rawan yang mula rosak

Sebab itu selain pembedahan, doktor mencadangkan penggunaan suplemen kolagen.

Collagen Powder Shaklee membantu masalah Sakit Sendi dan ianya sangat mudah diserap oleh badan kerana berbentuk serbuk.

Apabila sendi menyerap kolagen, secara perlahan kolagen akan memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak dan menggantikan kolagen yang rosak.

Secara perlahan-lahan juga bengkak akan dipulihkan dan tulang yang terkeluar dari rangka lutut akan masuk semula ke dalam rangka.

Kolagen bersifat elastik dan sangat kuat. Menurut kajian, pengambilan collagen powder selama 8 minggu boleh menampakkan kesan perubahan pada sendi.

Jadi kepada mereka yang mengalami masalah sendi bolehlah mencuba Collagen Powder Shaklee  ini.

Bulan Februari 2018 ini ada promo Collagen powder. Nak tahu lebih lanjut boleh wasap kami okeh.



Pertanyaan lanjut
๐Ÿ“ฒSms/wasap : 0175438337 & 0125244773
Pengedar Shaklee Meru, Klang

Wednesday, February 14, 2018

SHAKLEE PILIHANKU

February 14, 2018 12

Dulu-dulu masa kecik selalu ikut mak pergi menjual kain ela / pasang, baju dah siap, cadar dan sebagainya. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Kadang-kadang jalan kaki dan naik basikal. Tu belum lagi menjual kuih keliling kampung. Makku memang supermak! Memang rajin dan minat berniaga.

Agaknya itu la sebab che fatin ni pun suka meniaga jugak kan. Masa berkhidmat di Sabah, berpeluang menjual brooch, kristal, pearl, tikar dan barang perhiasan. Jadi kalau balik ke semenanjung, memang bawak stok untuk dijual. Atau kalau urgent, pos laju je la.



Selepas balik ke semenanjung, jual pulak produk kesihatan atau makanan berasaskan sunnah. Pati delima, cuka epal, cuka kurma, habatus sauda, minyak zaitun, madu dan lain-lain lagi.


Masa tengah glamer musim tudung Fareeda, berminat jugak nak jual tudung ala2 gitu hehe. Trendy konon kan.


Selepas ikut trip ke Vietnam, tukar selera pulak jual kain ela dan baju kurung pahang berasaskan cotton. Telekung lycra untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada dijual. Masa ni suami nak try meniaga vape. Jadi sewa la satu kedai di Klang. Tapi bila start GST, sewa kedai dan bil utiliti naik. Isu vape dan KKM pun tengah hot dan tak pernah selesai. Jadi, langkah selamat kita tutup kedai dan buat secara online je. 


Hidup memang tak pernah mengalah. Mencuba pulak meniaga "Nasi Berlauk Arami". Memang mendapat sambutan. Tapi masalah ketiadaan pekerja tetap, amat memenatkan. Balik kerja kena bantu di kedai. Mana nak urus anak dan rumah lagi kan. Memang penat. Tapi itu lumrah kehidupan. Namun akhirnya, terpaksa stop jugak. Tambah bila hamil sekali lagi. Takde kudrat dah kan. Redha dan pasrah. Sayang sebenarnya sebab kali ni banyak pelaburan dikeluarkan. Husnuzon! Allah ada perancangan yang lebih baik.




Semasa meniaga nasi berlauk ni, che fatin  dah start berjinak-jinak dengan bisnes shaklee. Bila dah stop dengan nasi berlauk ni, baru buat dengan serius.

Kenapa Shaklee pilihan saya?
Sebab pertama #ShakleeEffect yang saya alami. Saya rasa lebih sihat dengan mengamalkan suplemen dan lebih positif dengan adanya group support #pollux. Ikuti video ini kenapa shaklee menjadi pilihan hati saya.



Nak jadi sebahagian dari warga shaklee, bole direct wasap saya ye
http://fatinhamzah.wasap.my





Tuesday, February 13, 2018

ANAK-ANAK PERMATA HATIKU

February 13, 2018 11
Anak-anak adalah sumber kekuatanku. Pengalaman mengandung dan bersalin keempat-empat permata hatiku berbeza-beza namun ianya amat berharga buat diriku.



Semasa mengandungkan anak sulong ni, ilmu parenting, breastfeeding, penjagaan dalam pantang dan sebagainya masih kurang. Makan suplemen pun on-off. Bacaan hb pun turun naik jer. Alahan pun teruk. Banyak hilang berat badan di awal kehamilan.

Dalam tempoh 2 minggu sebelum bersalin, aku mengalami turun darah bercampur lendir. Tanda bersalin kan. Tapi aku tak mau jugak bersalin. Jalan pun dalam tempoh 2 minggu hanya bukak 2sm. Akhirnya doktor kata dok wad la untuk pantau! Berkampung di HRPB selama 4 hari 3 malam dan ditambah lagi bertarung nyawa 24 jam di dalam labor room sangat menginsafkan aku. Besarnya pengorbanan ibuku. Setelah lama sangat dalam labor room tu, akhirnya doktor bagi induce ikut drip la jawabnya.



Faris Arami dilahirkan dengan berat 3.2kg secara normal. Masa ni baru tau istilah "short serviks". Betul ka ejaanya hihi gitu lah yang aku dengar doktor tu cakap. Dengan ketinggian 146sm, badan ni dikira pendek dan ikut teori kedoktoran para doktor, aku mungkin akan mengalami kesukaran semasa bersalin. Jadi anak yang seberat 3.0kg dikira agak besar untuk aku yang kecik molek ni haha kecik kah aku? Memang agak sukar semasa di labor room tu, hampir putus asa, tapi doktor dan jururawat bagi semangat supaya teran juga dan bersalin secara normal. Sakitnya hanya Allah yang tahu kan. Sakit beranak plus induce!!! Bergetar kedua-dua belah kaki.



Mengandungkan anak kedua, ada perubahan sedikit. Alahan berkurangan dan bacaan hb semakin baik. Ada sekali dua sahaja bacaan drop bawah 11.0. Seperti mengandungkan anak sulong, aku tidak mengalami simpton "mengidam". Senang cakap, tak cerewet. Makan sahaja apa yang ada. Bersalin di SALAM, Shah Alam secara normal. Fathia Azzalea seberat 2.9kg selamat dilahirkan. Tapi induce juga. Masuk ubat ikut "bawah" dan bila jalan tak bukak lagi, induce ikut drip pulak. Tahan je double pain tu kan. Apa tanda bersalin? Sakit setiap 10 minit dan kerap.


Fateh Al Fitri, merupakan anak yang ketiga dilahirkan dengan berat 2.5kg di Hari Raya Aildilfitri yang ketiga. Sebab tu lah namanya ada fitri ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Fateh dipanggil baby shaklee sebab masa mengandungkan dia ni memang fully consume dengan vitamin shaklee. Pertama kalinya juga ketuban pecah sendiri. Bersalin pun senang. Walaupun nak tunggu jalan bukak tu amik masa jugak, tapi bila ketuban dah pecah, nyaris-nyaris tak bersalin di wad. Nurse siap suruh kepit dan tarik nafas sepanjang stretcher ditolak ke labor room. Haru! Sampai je di labor room, tukar katil, baring je dan takyah dah teran-teran, rasa macam fateh ni keluar sendiri. Memang mudah. Tapi sakit tetap sakit beb!



Yang terbaru, Muhammad Fayyadh selamat dilahirkan pada 23 Januari yang lalu. Tanda bersalin kali ni keluar lendir tapi tanpa darah. Sakit kerap tapi jalan tak bukak. Huhu. Kali kedua datang ke Hospital Kampar, walaupun jalan tak bukak, doktor suruh admitted jugak. 6.30 petang warded, 11.39 malam bersalin. Paling cepat la ni anak nak keluar berbanding yang lain. Kalau ikut last scan doktor kata ok la berat dalam 2.9 kg je. Lega kan. Sebab kalau besar takut susah kunun ๐Ÿ˜… Tapi masa kat dalam labor room, midwife dah bercakap-cakap. Short servicks dan perut besar. Anggaran baby 3.5kg. Get ready for any emergency! Nebes pulak. Walau apa pun, perlu kuat semangat. My baby is too big for me. Takde daya dan kudrat hanya berserah pada Allah s.w.t. Buat pertama kalinya aku menjerit semasa meneran. Sungguh sakit ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Tapi apabila baby tu diletakkan di atas dada, hilang segala kesakitan. Tambah ada 2 lesung pipit di tepi mulutnya. Terima kasih Ya Allah di atas nikmat yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah.




Itu sajalah sharing sebahagian dari pengalaman ketika hamil dan bersalin. Anda bagaimana?





Saturday, February 10, 2018

February 10, 2018 0

Kadangkala sesebuah lagu boleh menceriakan kehidupan kita. Dunia ini untuk diurus bukan untuk dirungsingkan.
Enjoy your life!!!



๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ
Cukup disini perjalanan kita
Menghukum diri mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana
Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Mencuba mencuba menyimpulkan mati

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua
Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi
๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ๐ŸŒฟ๐ŸŒพ

Friday, February 9, 2018

Menangani masalah anemia dengan set hamil shaklee

February 09, 2018 8
Seseorang ibu hamil dikatakan mengalami Anemia apabila bacaan paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

Ibu perlu membuat ujian darah untuk mengetahui bacaan ini.

Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Syukurlah sepanjang mengandungkan anak yang keempat ni hb che fatin tak pernah turun dari 11gm/dl. Bahaya sebenarnya anemia/low hb ni.

Anemia yang teruk dan tidak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:

๐Ÿ”นKelahiran bayi pra-matang dan bayi mengalami kekurangan berat badan semasa lahir
๐Ÿ”นTumpah darah iaitu kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
๐Ÿ”นKemurungan selepas bersalin
๐Ÿ”นBayi menghidapi anemia
๐Ÿ”นBayi mungkin mengalami perkembangan yang terbantut
๐Ÿ”นBayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak


Di shaklee, disediakan cadangan Set Pre Natal yang merangkap set anemia bagi mengatasi masalah tidak cukup darah atau hemoglobin yang rendah. Ianya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, B-Complex, omega, ostematrix dan ESP.

Jom kita tengok fungsi bagi setiap vitamin yang terdapat dalam set anemia shaklee.



1.Vitalea With Iron Formula

Ia merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi.

Zat besi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin.

Vitamin dan mineral selebihnya pula sangat penting untuk cover kelompongan vitamin yang tidak tiada diambil semasa mengandung melalui pemakanan kerana loya, kurang selera makan dan sebagainya.

Jadi, dengan mengambil Vitalea, ibu dapat memberikan nutrisi buat diri dan bayi di dalam kandungan.

2. B-Complex With Acid Folic

Asid folik juga penting di dalam
pembentukan sel darah merah.

Selain itu, ia juga sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi dan juga membantu dalam pembentukan otak bayi.

Juga penting untuk tukarkan gula kepada tenaga agar ibu tak lemah lesu.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi/iron.

Lebih banyak iron diserap, lebih lancarlah penghasilan sel darah merah dan semakin normallah bacaan Hb ibu.

4. ESP (Energizing Isolated Protien)

Setiap sel di dalam badan kita ni terdiri daripada protein.

Hemoglobin sendiri terdiri daripada protein.

Jadi ia sangat membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat.

Protein juga sangat penting untuk tumbesaran bayi dan juga memberi tenaga kepada ibu hamil.

5. Omega guard
Terdiri dari asid lemak omega-3, DHA dan EPA yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi. Omega juga boleh mengawal kolestrol dan mengurangkan stress.

6. Ostematrix
Mengandungi klasium, vitamin D dan magenesium. Membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Sangat bagus untuk elak "cramp" dan sembelit.

Jadi ibu-ibu, mari kita elakkan melawat klinik setiap 2 kali seminggu gara-gara anemia ๐Ÿ˜



Lihat pula testimoni ni




Testimoni dari saya sendiri.

Jom order


Info lanjut boleh wasap saya:
Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang
Set Anemia
Set Hamil