Monday, November 28, 2016

TIP BERSYUKUR

Sekiranya kamu bersyukur, pasti kami menambah (nikmat) kepadamu...."

(Surah Ibrahim ayat 7)

Syukur adalah asas di dalam menarik kejayaan. Getaran dari perasaan syukur akan mencetuskan gelombang yang berfrekuensi positif.

Bersyukurlah dan menghargai ataupun berterima kasih. Bukan sahaja dengan perkataan tetapi dengan perbuatan juga.

Bersyukurlah pada apa saja pada setiap perkara yang kita alami. Pada setiap nikmat kecil atau nikmat besar atau pun ketika di timpa musibah dan kesusahan.

Bersyukur pada nikmat kecil kelebihan dan fadhilahnya Allah akan menambahkan lagi nikmat-nikmatNya.

Bersyukur ketika musibah dan kesusahan kerana setiap ujian itu pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.

TULISLAH 100 NIKMAT SETIAP HARI

"Syukur akan mengubah tahap kehidupan kita yang rendah kepada kehidupan yang tinggi dengan cepat, kesyukuran dapat menukar dan menambah energi tenaga kita. Tulis 100 nikmat yang perlu kita syukuri setiap hari dan lihatlah perubahan dan keajaiban yang menakjubkan akan berlaku dalam suasana kehidupan kita"

Ulang-ulang lah latihan ini setiap hari dengan istiqomah...InsyaAllah.

Ilmu syukur ini dah beribu tahun lebih di ceritakan oleh Nabi kita. Cuma umat kini yang lupa.

Di barat perkara syukur ini mula mendapat perhatian dan dikaji oleh pakar-pakar pengkaji. Mereka buat kajian khusus dan hasilnya di bukukan dan di rekod. Di jadi kan modul-modul di dalam Seminar motivasi yang berharga puluhan ribu ringgit.

SELAMAT BERAMAL DENGAN PENUH BERSYUKUR

No comments:

Post a Comment