Thursday, August 17, 2017

Aku dan Plus Highway

Pagi2 dah sebuk siapkan FRP sebab ada audit SIRIM. Pastu tengok cidos. Marking time & update platform la kejap kan.

Lepas penat seharian kerja, masuk je waktu asar terus solat sebab nak pecut balik umah jumpa anak2.Rindu!

Thumb out 5.01ptg dan vrooom. Hmmm nak ikut tol setia alam ke tol jln belakang. Aah belakang la. kalau on time mesti sampai cepat. Masuk tol "Baki 1.93".....aik biar betik!!! Baru je top up 50 hengget apa suda jadi 😧😧😧

Tak sedap hati 5.14ptg sampai traffic light Alam Budiman berhenti sekejap & terus kol Plus Careline. Mesej jugak dengan Hawa Gt Hamzah nak wat camner. Jadi sama je careline & kakakku nasihatkan pergi customer service. Hanya dorg je yg bole cek. Kena cepat sebelum pukul 7ptg. Aduhai Shah Alam~Meru~Setia Alam. Tawaf meta. Aje penat.

Apa lagi che fatin ni pun memecut lagi ke tol Setia Alam pulak. Mujur pukul 6ptg sampai takde orang. Jadi terus parkir dan buat aduan. Jadi siasatan pun dijalankan. Chewah!

Plus: Puan kena penalti.
Che fatin: Apa tu penalti? Macam mana bole kena? (muka konpius)
Plus: Puan..minta no. plat kete, isi borang ni & saya akan buat semakan.
(berdebo tunggu... kena bayo ke penalti ni??? parah)
Plus: Pagi tadi puan ikut kereta di depan terlalu dekat jadi smart tag puan tak dapat dibaca. Jadi tu sebab kena penalti. Takpe jangan risau kami akan refund baki terus ke dalam kad touch n go puan.
Che fatin: oo itu sebabnya, patut pun bila saya keluar tol shah alam tulis "tiada smart tag"
 (erkkk gulp!!!. memang pun pagi tadi rushing. masuk plaza tol bila palang tu bukak terus je jalan. haa ambik lewat lagi keluar kui3)

Mujur la dapat refund. Walaupun RM50 tapi sangatlah berharga untuk ulang-alik Meru-Shah Alam. Tapi customer service plus sama ada operatornya mahupun pegawai yang bertugas di plaza tol memang terbaik. Mesra dan sabar layan pelanggan dan yang paling penting PANTAS!!!

Moral of the story:
1) jangan lewat keluar untuk ke opis kerana kita akan membuat "pecutan", merbahaya dan semestinya kita akan terkocoh2. Boleh jadi mende lain pulak.
2) jangan ikut kereta di depan rapat sangat apabila memasuki plaza tol. Kan dah tulis "jarak kenderaan 5 meter" 😃😃😃
3) bila ada masalah jangan panik. Kita perlu berpikir dengan baik dan tanya orang atau google je. Zass semua info ada. Macam website ni ...KLIK http://www.plus.com.my untuk boleh tengok sebarang info mengenai plus.

Ingat berhati-hati ketika memandu
Jarak 5 meter



Notakaki: dalam kekalutan seharian ni tak sedar bonus shaklee dah masuk. Apa lagi reward untuk diri sendiri & family. otw dari tol setia alam ke meru ku ngap terus seketul ayam hingga licin. Aje kebulor. Takpe makan untuk 2 orang kan.


No comments:

Post a Comment