Saturday, September 23, 2017

4 tahap mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

4 tahap mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.



1)   Umur 0-6 tahun. Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak-anak. Berikan mereka kasih sayang tanpa memilih bulu. Kena sama rata ye. Hukuman rotan sangat tidak sesuai pada waktu ini keran ia memberikan impak yang negatif.
Luangkan lebih masa bermain dengan mereka setiap masa.




2)   Umur 7-14 tahun.  Pada ketika ini kita mula MENDISIPLIN dan memberi rasa TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
*Memukul itu cukup sekadar memberi peringatan dan rasa tanggungjawab kepada mereka untuk mendirikan solat*
*Perlu diingatkan pukul dari bahagian pinggang dan ke bawah sahaja. Janganlah dipukul di bahagian muka.



3)   Umur 15- 21 tahun. Fasa jiwa remaja yang ingin mencuba dan memberontak. Detik inilah bubapa seharusnya menjadi KAWAN kepada anak-anak.  Banyakkan berbual dan berbincang. Jadi pendengar setia dan jangan biarkan orang luar mengambil peranan kita. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi.


4)   Umur 21 tahun dan ke atas. Fasa di mana ibubapa memberikan sepenuh KEPERCAYAAN dan KEBEBASAN kepada anak-anak di dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa perlu menjadi pemantau, penasihat dan terus berdoa agar setiap hala tuju yang diambil oleh mereka adalah betul. In sha’Allah jika asas didikan telah kukuh dilengkapi dengan displin akan menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati anak-anak kerana mengikut kajian, nasihat yang diungkap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti mana yang diingikan oleh ibubapa.


Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak seperti mana yang disarankan oleh Islam.

#ParentingTips
#IslamWay
#ParentsGuide
#HidupkanSunnah

No comments:

Post a Comment