Sunday, September 10, 2017

Aktivit hujung minggu



Assalamualaikum.
Selamat pagi dunia.
Semoga kita diberikan hidayah & taufik serta diberikan rezeki yang cukup dan berkat.

Tazkirah ringkas:
"Kelalaian dunia tanpa kita sedari" Mengambil masa berjam-jam membaca wasap, telegram, weechat, fb, ig dsb sehingga solat ditinggalkan malah nak baca al quran satu muka surat sehari & mentadabburnya pun susah"
Apa maknanya tu?
Itu petanda penyakit hati telah mula bercambah. Kerna hati kita semakin cinta pada duniawi.


#HatiAkuBukanSuci
#PeringatanUntukDiriSendiri
#MuhasabahDiri
#MotivasiDiri

Sambil tengok tv9 TANYALAH USTAZ, kita sarapan kueteow sup hasil buatan tanganku sendiri malam semalam. Encik suami yang teringin. Jadi che fatin layankan aje. Kita panaskan aje supnya dan bancuh nescafe. Makan depan tv.

Lepas tu berkebun. Lama tak menjenguk kebun kecilku. Kesian kat pokok-pokok tu yang kurang belaian dan baja..Patut la pokok tu bantut tak cukup nutrisi gitu hahaha. Potong rumput sikit, trim pokok palma yang dah semakin semak dan bubuh baja kat pokok ciku, durian belanda, mempelam, limau kasturi, anak pokok cili dan kari. Tak lupa juga si mulberry. Tinggal sepokok yang hidup. Yang lain dah arwah, masa balik raya hari tu angin kuat kot jadi terbalik semua pasunya. Takpe kita teruskan juga. Sebab memang dah hobi che fatin ni berkebun. Aku kan anak abah 😃Tengah asyik ngadap pokok, hujan la pulak. Jadi tak dapat lama berkebun kang demam susah pulak.

Jadi kita tukar rancangan. Jom basuh kereta dan porch. Kemas kawasan luar rumah pulak. Bahaya musim hujan ni banyak pulak si jentik2 tu hidup kat dalam air yang bertakung. Kena musnahkan habitatnya. Bahaya nyamuk aedes ni. Mengundang 1001 satu masalah.

Selesai mengemas kawasan luar rumah, che fatin pun berehat jap. Melepaskan lelah. Baru teringat, belum makan vitamin harian iaitu B-Complex, Vitalea dan Vit. C. Kena jarakkan 2 jam sebab pagi tadi minum nescafe. Kalau tak jarakkan, kafein akan mengganggu penyerapan vitamin ke dalam badan. Vitamin ni saya ambil untuk menjaga kesihatan. Ditambah pulak saya tengah mengandung. Jadi perlukan nutrisi yang secukupnya untuk saya dan bayi dalam kandungan.

Dah nak masuk tengahari, bersiap pula untuk masak. Hari ni buat nasi ayam, sup dan ayam berempah. Walaupun bahan tak berapa cukup, kita buat je. Mesti kreatif kan. Gantikan bahan yang takde  dengan apa yang ada je. Mudah kan.

Sementara masak, kita basuh kain. Manfaatkan masa yang ada. Tik tok tik tok menu tengah hari dah siap. Jom kita makan tengahari pulak. Anak-anak dapat makan sup suka la sangat. Berselera diaorang makan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezekimu.






Dah siap makan, kemas dapur la pulak. Sementara anak-anak mandi, sempat jugak mop lantai satu rumah. Mujur ada Basic H. Lantai rasa sangat bersih. 

Apa yang best tentang Basic H ni?
1) jimat sebab ia pekat. guna sedikit je tapi kesannya sangat bagus.
2) bahan pencuci ni adalah organik. tiada bahan kimia.
3) pencuci pelbagai guna. Boleh guna untuk mop lantai, cuci dinding dapur dan bilik air malah boleh juga guna untuk basuh botol susu.



Ok cukuplah entri setakat hari ini, mari kita solat Zohor. Moga Allah terus memberikan che fatin kesihatan dan kekuatan terus membawa amanah ini.








No comments:

Post a Comment