Saturday, September 30, 2017

FORMULA MENJEMPUT REZEKI

Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin dari anak, solat dhuha, sedekah, amal jariah dan sebagainya.

Untuk mendapatkan rezeki yang luas dan berkat, hubungan dengan Allah dan manusia haruslah dijaga.

Macam mana tu???
Networking kita dengan Allah mesti luar biasa. Barulah rezeki kita juga akan luar biasa.

7 AMALAN SUNNAH RASULULLAH yang boleh kita amalkan:
i) Tahajjud
ii) Membaca Al Quran
iii) Solat di masjid
iv) Solat Dhuha
v) Sedekah setiap hari
vi) Jaga wudhu terus-menerus
v) Amalkan istighfar setiap saat


AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG BOLEH KITA AMALKAN iaitu:

Yang Pertama:
Solat dhuha setiap pagi. Kerana di dalam Dhuha itu ada kunci rezekinya.



Yang kedua:
Solat Tahajjud. Bukan sahaja sebagai pembuka rezeki tetapi boleh menjadi pelbagai penawar bagi permasalahan yang melanda nanusia.


Yang ketiga:
Mengaji Al Quran dan mentadabburnya walaupun sepotong ayat.  Konsisten hari-hari mengaji, sebaik-baiknya selepas solat Subuh & Maghrib.


Yang keempat:
Berzikir Ya Wahhab & Ya Razzaq



Yang kelima:
Menyambung silaturrahim. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Barang Siapa Yang Ingin Diluaskan Rezekinya dan Dipanjangkan Umurnya, Maka Sambunglah Tali Silaturrahim"



Yang Keenam:
Solatlah di awal waktu kerana itulah amalan paling afdal. Jangan dilengahkan urusan dengan Allah. Panggilan Ilahi lebih penting dari panggilan telefon.


Yang Ketujuh:
Bertawakal. Bergantung dan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Redha atas setiap ujianNya dan mengambil pengajaran dari ujian tersebut.


Yang Kelapan:
Berdoa banyak-banyak terutama memohon kebahagiaan dan kesejahteraan kedua ibu bapa kita.


No comments:

Post a Comment