Sunday, September 24, 2017

MALIAU BASIN, SABAH

Mengimbau kenangan di Maliau Basin, Sabah.



4 hari 3 malam berjalan dan bermalam dalam hutan. Walaupun takde hotel bertaraf 5 star, tapi enjoy.

Apa yang best? Antaranyalah kan...dengan Trademark "untouched world". Jadi hutannya adalah semulajadi. Air yang mengalir di celah batu boleh diminum begitu sahaja. Tak boleh digambarkan kesedapan air semulajadi tu.

Trek yang mencabar di lereng bukit yang berkawah tu memang win. Ada satu masa tu kena mendaki sudut curam yang melebihi 45 darjah. Fuh! mula-mula rasa macam tak larat je. Tapi akhirnya lepas jugak hihihi.

Air terjun 7 tingkat memang menakjubkan. Airnya berwarna coklat kerana menurut "guide" banyak kandungan tannin. Tu belum masuk kawasan yang dipenuhi dengan lintah. Abis diserang dek lintah ketika lalu kat kawasan tu. Apalagi menjerit-jerit pelajar pompuan. Kita pulak yang kena tolong tanggalkan lintah-lintah tu. Bukan sekor tapi berekor2 ye hahaha ada bran? 😃😃😃

Kenangan itu satu pengalaman yang sangat bermakna. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat ciptaan terindah Allah s.w.t. Masa tu bujang dan masih slim bole la kan. Sekarang...memang tak larat la rasanya 🙈🙈🙈

Bagi nature lovers cubalah berkunjung ke Maliau Basin. Pasti takkan menyesal.

#MaliauBasin
#NatureLovers

Boleh servey kat website di bawah.

https://sunriseodyssey.com/4d3n-maliau-basin-jungle-trek-in-sabah





No comments:

Post a Comment