Sunday, October 1, 2017

Kreatif dan Inovatif pilihanku

Kreatif dan Inovatif.

Bukan senang-senang nak keluarkan idea ni. Ilmu itu perlu digali dan difahami. Alhamdulillah aku dipinjamkan dengan sifat Kreatif dan Inovatif. Aku hanya perantara. Ilmu itu milik Allah dan perlu dikongsi bersama. Maka sebab itulah apabila terima geran untuk buat research dan project, aku ajak geng2 #TBK sekali. Berkongsi idea itu adalah lebih baik kan. Tapi bukan berkongsi suami pulak ken 😂

Bermula tahun 2012 sehingga kini pelbagai pengiktirafan dari pertandingan dan konferens yang diterima. Di antaranya MTE, ITEX, ICOMPEX, INNOFEST, PECIPTA, SIIF, EUREKA, IIPC, ICTVET dan sebagainya. Syukur padamu Allah kerana meminjamkan idea padaku.

Jatuh bangun hanya aku dan bff yang tahu. Maka adalah tidak adil bila ada suara sumbang yang mengatakan...
"tak ajak sama pun buat research tu, asyik group yang sama je"
"asyik-asyik dia je menang, macam tak adil la pulak"
"bagilah peluang pada yang lain"
Dan macam2 lagilah kan. Tak perlu kata apa2 senyum aje. Senyum itu kan satu sedekah.

Cuma nak bagitau, peluang itu kadang-kadang memang ada di depan mata. Bergantung pada diri kita sendiri sama ada mahu rebut atau tidak...
"If You Believe In Yourself, You Can Do It"
"Grab for your future"
"Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek"

Ya Allah mohon jauhkan aku dari rasa iri hati, riak dan takbur. Teruskan pelihara niatku agar sentiasa ikhlas dalam apa jua perkara.

Notakaki: Next competition kita join SPICE, PUO & FYP, PSA ye. Tak lupa juga projek CP Chair 6.0 akan diteruskan. Anak2 didik bersabarlah dapat puan macam saya ni hehehe i will guide you till the end!!!

#JanganKecam
#ResearchLovers
#CpChair6.0Project

No comments:

Post a Comment