Sunday, October 15, 2017

Master Recognition Rally Oktober 2017 - SUPERVISOR


Hari yang panjang dan penat tetapi berbaloi serta puas hati. Satu pengikhtirafan atas usaha selama hari ini.









Dari pagi sampai ke malam. Dah pukul 11 malam baru betul-betul dapat rehat kat rumah 😃😃😃. Dari Master Recognition Rally di #PullmanHotel, balik sekejap dan la semak SKT & LNPT tu kemudian kena pergi myeg pulak atas urusan yang perlu diselesaikan. URGENT! Jadi lambatlah nak update kejadian hari ini.

Ok la camner boleh terjebak dengan bisnes ni?

Pertamanya adalah kerana famili terutama anak-anak dan ingin membalas jasa mak serta adik-beradik yang telah banyak membantu di dalam kehidupan ini. Zaman ekonomi serba mencabar. Ikutkan statistik, jika penduduk di Lembah Klang ni berpendapatan 3k dan tiada simpanan kecemasan dalam 1k, beerti anda berada di tahap miskin tegar fuhhhh. Jadi kena tambah pendapatan dan tabungan mesti mantap. Pejam celik esok anak-anak dah nak masuk sekolah kan. Jadi sediakan payung sebelum hujan. Kerana anak-anak jugalah saya target WAHM suatu hari nanti. Dunia makin mencabar. Anak-anak perlukan lebih perhatian, didikan dan sokongan.



Yang kedua, it s all about my passion. Dare to challenge myself in doing business. Bukan sekadar bisnes, tapi dapat membantu orang lain meningkatkan kesihatan. Rasa puas hati bila dapat feedback positive and repeat order dari pelanggan.


Yang ketiga. Ingin jadi manusia yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Nak kaya untuk membantu orang lain. Bukan nak bertuhankan duit, tapi dengan duit itu, kita dapat kukuhkan ekonomi umat islam dengan membantu antara satu sama lain. Aku hanya manusia biasa tapi punya semangat juang yang tinggi lagi kental. Dari mana datangnya kekuatan? Tentunya dari mak dan abah. Bak kata pepatah "siapa kita hari ini, adalah siapa kita di masa dahulu". Cara kita dibesarkan memainkan peranan dalam pembentukan peribadi kita yang sekarang. Terima kasih tak terhingga kepada mak & arwah abah. Andainya arwah abah masih ada...mesti dia tersenyum bangga dengan anaknya ni yang memang dari sekolah rendah adalah "ratu pentas". Cemerlang di bidang akademik dan sukan. Chewahhh angkat bakul sikit hari ini ngeh3.

Dalam kehidupan ini ada turun naiknya. Sentiasa bersyukur dan jangan sekali-kali berputus asa. Niatkan semua perbuatan ikhlas kerana Allah s.w.t. Moga bisnesku akan terus berkembang dan bertahan. Aamiin.

Akhir kalam, terima kasih kepada yang sudi membaca coretan panjang lebar pada kali ini. Teruja dan sebak sebenonye 😭😭😭. Ok nak berehat, tapi kena telan ostematrix dulu untuk hilangkan sakit urat....😀

#RecognitionRally
#JanganKecamCoretanku
#ILoveShaklee
#KekabooLovers
#Cavylora
#NeverSoNudeByAmoura

Notakaki: Naik pentas bersama2 dengan barang bisnes kawan2. I love uols #JelitawanXStesma 😃😃😃😃

JOM SERTAI SAYA SEBAGAI AHLI SHAKLEE DAN KITA KEMBANGKAN SAYAP PERNIAGAAN BERSAMA-SAMA. Ayuh....


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204132884919965&id=1760997704

No comments:

Post a Comment