Saturday, December 2, 2017

IMPIAN DAN KENYATAAN

Jadikan impian dan harapan setinggi gunung

Jadikan impian kita satu kenyataan.
Macam mana tu?

Mula-mula senaraikan impian kita. Tak kira la kecik ke besar ke kan. Tulis semua. Luahkan impian yang terpendam tu. Sebabnya bila kita mula tulis, beerti itu adalah matlamat yang perlu dicapai. Lebih kurang macam KPI la kan. Maka berusahalah selagi terdaya.

Walau jalan penuh liku, hadapinya dengan tenang

Macam mana nak start tulis impian?
Ini ada sedikit Tips. Di antaranya:

DOING: Apa yang ingin kita lakukan?

BEING: Kita ingin menjadi apa?

HAVING: Apa yang ingin kita miliki?

CREATING: Apa yang ingin kita ciptakan?

EXPERIENCING: Apa yang ingin kita alami?

CONTRIBUTING: Apa yang ingin kita sumbangkan?

Lepas tu muka surat kedua tulis

Impian saya (nama anda) adalah:

Impian saya adalah ingin membeli sebuah kereta ...

dan seterusnya

Buat impian secara spesifik dan jelas. Ramai orang tulis secara umum je impian tu.
contohnya "saya nak keluar negara".

Luar negara tu ke mana?
Bila nak pergi?
Dengan siapa nak pergi?
Naik kapal terbang apa?

Jika nak jelas lagi dalam buku impian tu tampal la gambar-gambar yang membuatkan anda lebih jelas dengan impian anda.

Yakin yang Allah akan memakbulkan impian kita. Tak usah ragu tak usah rasa 'boleh ke?' Sandarkan impian kita pada Allah,

Ini kerana kalau bumi yang besar ini pun Allah ciptakan apa la sangat dengan impian yang kecik tu.

DARE TO DREAM. THINK BIG. DREAM BIG.

Jalan terbentang luas. Pilih la yang mana. Jalan yang mudah atau jalan yang sukar. Anda yang tentukan.

#Motivasi
#CopyPasteEdited
#ireachgroup





No comments:

Post a Comment