Tuesday, January 23, 2018

Menyewa atau membeli rumah

Menyewa atau membeli rumah?

Ofkos membeli rumah lagi berbaloi. Pengalaman saya menyewa di Shah Alam sebulan kosnya adalah RM1,100!!! Rasa rugi sangat. Tapi ketika itu saya masih belum mampu untuk membeli rumah sendiri.



Rezeki tidak akan datang bergolek. Perlu usaha & ikhtiar. Jangan senang2 nak "berminta-minta" pada orang lain jika "BIG WHY" tidak ada dalam diri sendiri. Tingkatkan potensi diri & jana pendapatan famili.

Alhamdulillah berkat usaha yang gigih, kini saya mampu memiliki rumah pertamaku sendiri 😃😃😃. Jadi potongan gaji untuk rumah sendiriku tu rasa berbaloi dari membayar rumah sewa yang mahal kan.



90% siap


Nasihat saya, bagi yang baru nak mulakan kehidupan, hiduplah secara bersederhana. Ukur baju di badan sendiri jika hendak berbelanja. Dahulukan pembelian rumah dari membeli kereta yang mahal2. Sebabnya kita nak berteduh di rumah bukan di bawah kereta yang mewah. Tapi tidak salah jika anda mampu, silakanlah.


Zaman ekonomi serba mencabar ni, pengurusan kewangan kena betul. Penuhkan dulu simpanan, pelaburan dan insurans takaful. Sediakan payung sebelum hujan untuk masa hadapan.

Anda ada tips tentang simpanan?
 Jom kongsikan bersama...

BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN & RAHMAT ALLAH S.W.T


6 comments:

  1. Betul Kak Fatin kena ada rumah baru rasa berbaloi untuk bayar kan.

    ReplyDelete
  2. Rumah dan kereta..saya pilih rumah.

    ReplyDelete
  3. hah memang berbaloi membeli dari menyewa kan .lebih2 lagi harag sewa da sama dengan harga ansuran bulanan.

    ReplyDelete
  4. Betul..best bila ada rumah sendiri..lebih selesa dan senang hati

    ReplyDelete