Tuesday, February 13, 2018

ANAK-ANAK PERMATA HATIKU

Anak-anak adalah sumber kekuatanku. Pengalaman mengandung dan bersalin keempat-empat permata hatiku berbeza-beza namun ianya amat berharga buat diriku.



Semasa mengandungkan anak sulong ni, ilmu parenting, breastfeeding, penjagaan dalam pantang dan sebagainya masih kurang. Makan suplemen pun on-off. Bacaan hb pun turun naik jer. Alahan pun teruk. Banyak hilang berat badan di awal kehamilan.

Dalam tempoh 2 minggu sebelum bersalin, aku mengalami turun darah bercampur lendir. Tanda bersalin kan. Tapi aku tak mau jugak bersalin. Jalan pun dalam tempoh 2 minggu hanya bukak 2sm. Akhirnya doktor kata dok wad la untuk pantau! Berkampung di HRPB selama 4 hari 3 malam dan ditambah lagi bertarung nyawa 24 jam di dalam labor room sangat menginsafkan aku. Besarnya pengorbanan ibuku. Setelah lama sangat dalam labor room tu, akhirnya doktor bagi induce ikut drip la jawabnya.



Faris Arami dilahirkan dengan berat 3.2kg secara normal. Masa ni baru tau istilah "short serviks". Betul ka ejaanya hihi gitu lah yang aku dengar doktor tu cakap. Dengan ketinggian 146sm, badan ni dikira pendek dan ikut teori kedoktoran para doktor, aku mungkin akan mengalami kesukaran semasa bersalin. Jadi anak yang seberat 3.0kg dikira agak besar untuk aku yang kecik molek ni haha kecik kah aku? Memang agak sukar semasa di labor room tu, hampir putus asa, tapi doktor dan jururawat bagi semangat supaya teran juga dan bersalin secara normal. Sakitnya hanya Allah yang tahu kan. Sakit beranak plus induce!!! Bergetar kedua-dua belah kaki.



Mengandungkan anak kedua, ada perubahan sedikit. Alahan berkurangan dan bacaan hb semakin baik. Ada sekali dua sahaja bacaan drop bawah 11.0. Seperti mengandungkan anak sulong, aku tidak mengalami simpton "mengidam". Senang cakap, tak cerewet. Makan sahaja apa yang ada. Bersalin di SALAM, Shah Alam secara normal. Fathia Azzalea seberat 2.9kg selamat dilahirkan. Tapi induce juga. Masuk ubat ikut "bawah" dan bila jalan tak bukak lagi, induce ikut drip pulak. Tahan je double pain tu kan. Apa tanda bersalin? Sakit setiap 10 minit dan kerap.


Fateh Al Fitri, merupakan anak yang ketiga dilahirkan dengan berat 2.5kg di Hari Raya Aildilfitri yang ketiga. Sebab tu lah namanya ada fitri 😊😊😊. Fateh dipanggil baby shaklee sebab masa mengandungkan dia ni memang fully consume dengan vitamin shaklee. Pertama kalinya juga ketuban pecah sendiri. Bersalin pun senang. Walaupun nak tunggu jalan bukak tu amik masa jugak, tapi bila ketuban dah pecah, nyaris-nyaris tak bersalin di wad. Nurse siap suruh kepit dan tarik nafas sepanjang stretcher ditolak ke labor room. Haru! Sampai je di labor room, tukar katil, baring je dan takyah dah teran-teran, rasa macam fateh ni keluar sendiri. Memang mudah. Tapi sakit tetap sakit beb!



Yang terbaru, Muhammad Fayyadh selamat dilahirkan pada 23 Januari yang lalu. Tanda bersalin kali ni keluar lendir tapi tanpa darah. Sakit kerap tapi jalan tak bukak. Huhu. Kali kedua datang ke Hospital Kampar, walaupun jalan tak bukak, doktor suruh admitted jugak. 6.30 petang warded, 11.39 malam bersalin. Paling cepat la ni anak nak keluar berbanding yang lain. Kalau ikut last scan doktor kata ok la berat dalam 2.9 kg je. Lega kan. Sebab kalau besar takut susah kunun 😅 Tapi masa kat dalam labor room, midwife dah bercakap-cakap. Short servicks dan perut besar. Anggaran baby 3.5kg. Get ready for any emergency! Nebes pulak. Walau apa pun, perlu kuat semangat. My baby is too big for me. Takde daya dan kudrat hanya berserah pada Allah s.w.t. Buat pertama kalinya aku menjerit semasa meneran. Sungguh sakit 😭😭😭. Tapi apabila baby tu diletakkan di atas dada, hilang segala kesakitan. Tambah ada 2 lesung pipit di tepi mulutnya. Terima kasih Ya Allah di atas nikmat yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah.




Itu sajalah sharing sebahagian dari pengalaman ketika hamil dan bersalin. Anda bagaimana?





11 comments:

  1. Wah, best baca pengalaman bersalin. Ketiga2 anak Eva bersalin ceaser, tiada rezeki bersalin normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe walaupun czer, janji anak2 dan ibunya sihat kan.

      Delete
  2. indah pngalaman bersalin, trus rindu btl anak syurga sy.. setahun sudah perginya anak ke3 sy,bersalin secara czer, sempat dengar tangisan dia sblm dia pergi meghadap pencipta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Moga tabah ye. In sha allah ada rezeki yang lebih baik.

      Delete
  3. Comel2 anak ka Fatin 😍
    Betul Kak anak2 jadi push factor kita dalam hidup kan

    ReplyDelete
  4. Comelnya diorang!! Saya pun dari ada anak la mula dengan Shaklee ni..

    ReplyDelete
  5. best oh baca cerita anak-anak2 Fatin ni.. trus teringat kisah melahirkan my baby boy.. hihi terkenang-kenang gitu

    ReplyDelete