Friday, February 2, 2018

MENGETUK DI WAKTU MALAM DAN BACALAH AL-QURAN SENTIASA

Tulisan ini adalah copy and paste dari Dakwah Tanpa Henti.
Kredit juga video dari USTAZ DASUKI atas perkongsian.



Aku adalah insan lemah yang perlukan bimbingan. "Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk bangun semula. Hilangkanlah memori hitam dalam mindaku. Positifkan diriku". Aamiin


| Mengetuk Di Waktu Malam |

Sebenarnya, malam adalah satu suasana gelap gelita yang dinisbahkan pada simbol sebuah kejahilan dan kesesatan.

Kejahilan dan kesesatan pula adalah suatu penyakit yang sangat bahaya dikalangan umat manusia yang hanya boleh disembuhkan oleh ilmu.

Ya! Hanya ilmu sahaja yang mampu menyembuhkan semua kejahilan dan kesesatan!.

⚫ Al Quran Dan Nabi Sebagai Penyelamat

Masyarakat arab jahiliyyah pada zaman sebelum kedatangan Nabi SAW, mereka benar-benar di dalam keadaan jahil dan sesat yang nyata.

Kejahilan dan kebodohan mereka tampak jelas sekali kerana kehidupan mereka yang tidak dipandu oleh mana-mana panduan hidup yang sewenang-wenangnya mereka melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Maka hal yang demikian Allah telah datangkan Al Quran beserta Nabi yang akan menjadi panduan untuk memandu mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.

⚫ Mengetuk Pintu-Pintu Hati

Kedatangan Al Quran beserta Nabi yang menerangkan perkara yang benar dan perkara yang salah itu benar-benar telah "mengetuk pintu" hati hati mereka sehingga menggugah mereka daripada lena yang panjang.

Keadaan mereka umpamanya begini, "Sedang mereka asyik tidur lena di waktu malam hari, tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk dengan kuat sekali sepertinya orang mengetuk pintu yang membawa khabar yang sangat penting sehingga mereka terjaga daripada tidur mereka".

Keadaan ini sememangnya yang telah berlaku bukan hanya pada mereka dahulu tetapi ia juga telah berlaku pada umat manusia di akhir zaman ini.

⚫ Terlalu Lama Dalam Kejahilan Dan Kesesatan

Sudah barang pastilah mereka yang hidup di dalam penuh kejahilan dan kesesatan akan merasa "terkejut beruk" apabila datang kepada mereka keterangan-keterangan yang menerangkan bahawa banyak perkara yang mereka lakukan selama ini salah disisi Tuhan.

Mana tidaknya, dahulunya kaki zina, rasuah, peras ugut, pencuri, perompak, fitnah, peminun arak, berjudi, LBGT dan macam macam lagi. Lalu semuanya itu terhalang lagi akan dibanteras oleh Al Quran dan Nabi, sudah tentulah mereka akan "terkejut beruk" dengan keadaan ini.

Ini kerana mereka telah terlalu lama di dalam kejahilan dan kesesatan bahkan kehidupan kotor mereka itulah yang menjadi tonggak kelangsungan kehidupan mereka selama bertahun tahun.

⚫ Realiti Kejahilan Dan Kesesatan Pada Masa Ini

Kejahilan dan kesesatan masyarakat dahulu dan hari ini tidak ada banyak beza. Kekejian umat jahiliyyah yang dilakukan dahulu sama sahaja telah dan sedang dilakukan oleh umat di zaman ini juga.

Ah! Tidak perlulah disebut sebut lagi kekejian kejian mereka itu. Cuma yang boleh kita lihat perbezaannya adalah, umat jahiliyyah dahulu adalah umat yang mula mula menerima "ketukan pintu" ini dan amat sukar sekali untuk dibanteras kejahilan dan kesesatan mereka.

Manakala umat akhir zaman pula, kejahilan dan kesesatan mereka ini berlaku walaupun setelah ada peringatan serta panduan Al Quran dan Nabi (sunnah sunnah) sejak 1,400 tahun dahulu.

Maka apakah yang menghalang untuk kita mengatakan umat akhir zaman ini lebih teruk dan sesat berbanding umat jahiliyyah yang terdahulu?? Na'uzubillah.

Berasa takutlah wahai sekalian manusia!

Kejahilan dan kesesatan umat manusia ini telah menyumbang kepada banyaknya perkara seperti pecah belah masyarakat, institusi keluarga dan sillaturrahim yang sangat teruk lagi membimbangkan.

Manusia juga seolah-olah hilang punca dan menjadi tidak ketahuan sehingga ramai yang membunuh diri dan berbunuh-bunuhan. Yang berkuasa terus-menerus menzalimi orang orang yang berada dibawahnya. Yang bermusuhan, terus-menerus bermusuhan antara satu sama lain.

Owh! Alangkah malangnya kita ini!

Lebih malang lagi, kejahilan dan kesesatan umat akhir zaman ini pula akan bertambah membusuk keseluruh jiwa-jiwa manusia kerana mereka membelakangi panduan Al Quran dan As Sunnah. Na'uzubillah.

⚫ Kesimpulan

Di akhir zaman ini sangat banyak medium perantara untuk "mengetuk pintu" hati-hati mereka yang berada di dalam kejahilan dan kesesatan.

Gunakanlah ilmu yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah untuk membantu merawat penyakit kronik yang membarah ini.

Mungkin sahaja ada mereka yang telah terbangun dengan ketukan-ketukan yang telah kita lakukan. Atau mungkin sahaja tidak pernah langsung mereka ingin bangun walaupun ketukan-ketukan itu datang untuk menggugah mereka. Na'uzubillah.

Apapun apabila "ketukan pintu" hati telah berjaya menggugah manusia jahil, lalu ditinggalkan segala kemungkaran dan bertaubat, percayalah! Itulah tanda Allah sedang memimpin hambaNya itu untuk mendiami syurgaNya. Wallahu'alam.


BACALAH AL-QURAN kerana di situ terselit kebenaran, kedamaian dan petunjuk.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1632566333456935&id=185487041498212



No comments:

Post a Comment