Wednesday, February 14, 2018

SHAKLEE PILIHANKU


Dulu-dulu masa kecik selalu ikut mak pergi menjual kain ela / pasang, baju dah siap, cadar dan sebagainya. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Kadang-kadang jalan kaki dan naik basikal. Tu belum lagi menjual kuih keliling kampung. Makku memang supermak! Memang rajin dan minat berniaga.

Agaknya itu la sebab che fatin ni pun suka meniaga jugak kan. Masa berkhidmat di Sabah, berpeluang menjual brooch, kristal, pearl, tikar dan barang perhiasan. Jadi kalau balik ke semenanjung, memang bawak stok untuk dijual. Atau kalau urgent, pos laju je la.



Selepas balik ke semenanjung, jual pulak produk kesihatan atau makanan berasaskan sunnah. Pati delima, cuka epal, cuka kurma, habatus sauda, minyak zaitun, madu dan lain-lain lagi.


Masa tengah glamer musim tudung Fareeda, berminat jugak nak jual tudung ala2 gitu hehe. Trendy konon kan.


Selepas ikut trip ke Vietnam, tukar selera pulak jual kain ela dan baju kurung pahang berasaskan cotton. Telekung lycra untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada dijual. Masa ni suami nak try meniaga vape. Jadi sewa la satu kedai di Klang. Tapi bila start GST, sewa kedai dan bil utiliti naik. Isu vape dan KKM pun tengah hot dan tak pernah selesai. Jadi, langkah selamat kita tutup kedai dan buat secara online je. 


Hidup memang tak pernah mengalah. Mencuba pulak meniaga "Nasi Berlauk Arami". Memang mendapat sambutan. Tapi masalah ketiadaan pekerja tetap, amat memenatkan. Balik kerja kena bantu di kedai. Mana nak urus anak dan rumah lagi kan. Memang penat. Tapi itu lumrah kehidupan. Namun akhirnya, terpaksa stop jugak. Tambah bila hamil sekali lagi. Takde kudrat dah kan. Redha dan pasrah. Sayang sebenarnya sebab kali ni banyak pelaburan dikeluarkan. Husnuzon! Allah ada perancangan yang lebih baik.




Semasa meniaga nasi berlauk ni, che fatin  dah start berjinak-jinak dengan bisnes shaklee. Bila dah stop dengan nasi berlauk ni, baru buat dengan serius.

Kenapa Shaklee pilihan saya?
Sebab pertama #ShakleeEffect yang saya alami. Saya rasa lebih sihat dengan mengamalkan suplemen dan lebih positif dengan adanya group support #pollux. Ikuti video ini kenapa shaklee menjadi pilihan hati saya.



Nak jadi sebahagian dari warga shaklee, bole direct wasap saya ye
http://fatinhamzah.wasap.my





12 comments:

  1. Banyak jenis sudah biz kak fatin. Moga dengan Shaklee lagi suksess

    ReplyDelete
  2. Waaah.. sememangnya kak fatin sangat pandai berbiznez.. pendek kata mengambil peluang yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha selagi terdaya untuk anak2 😍

      Delete
  3. wahhh terbaik, klu suka bisnes mmg bgni kan.. semoga pluang d shaklee pn tbuka luas Aamiin

    ReplyDelete
  4. Wah, hebat kak fatin ni dalam bisnes. Semoga terus sukses sis

    ReplyDelete
  5. perghhh sis Fatin! sy teruja dan respect habis dgn sis fatin!! suka nampak semua pengalaman sis Fatin!saya doakan sempoga sukses dalam apa juga bidang yg ditempuhi ya..

    ReplyDelete
  6. Semoga rezeki dalam shaklee melimpah berlipat ganda lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Moga berjaya seperti master Aya Chalo

      Delete