Wednesday, May 23, 2018

PENAPIS AIR MURAH DAN JIMAT

May 23, 2018 1

PENAPIS AIR MURAH DAN JIMAT

Kenapa kita perlukan air yang bersih? 

Secara ringkasnya tubuh kita terdiri daripada 80% air. Jika 1% air hilang dari badan, kita akan merasa sangat haus. Air merupakan sumber utama tenaga untuk otak dan tubuh. Ia juga merupakan cairan yang bergerak dari sistem badan untuk menghilangkan racun dan mencegah sebarang penyakit. Apabila air cukup, suhu badan dapat diseimbangkan dan kita akan rasa lebih sihat. Darah juga memerlukan air untuk membuat sel-sel baru yang sihat, kerana 80% darah terdiri daripada air. Jadi amatlah penting bagi kita untuk mendapatkan air yang bersih untuk tubuh badan kita.


risiko-minum-air-tidak-bersih
Risiko Minum Air Tidak Bersih

5 sebab kita perlukan penapis air dirumah.

1) AIR PUNCA PENYAKIT?

Ramai yang masih tidak sedar tentang kepentingan AIR yang kita minum. Setiap hari manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Tubuh badan manusia terdiri daripada 80% air. Untuk tubuh yang sihat, dapatkan air yang bersih. Jika air tidak bersih, seluruh badan kita akan jadi tidak elok. Maka sebab itulah air yang diminum perlu ditapis seperti kata Prof. Dr Muhaya di bawah.



Dr Muhaya pernah kongsikan tentang kepentingan meminum air bersih.

2) PENCEMARAN AIR TANPA KITA SEDAR

Pengalaman saya sendiri, apabila minum air yang tidak ditapis, saya mudah diserang cirit-birit. Saya mempunyai masalah perut yang sensitif dan gastrik yang kronik. Pernah satu ketika dulu, hampir setiap minggu saya akan ke klinik sebab cirit-birit. Doktorlah yang telah mencadangkan kepada saya supaya memasang penapis air. Bila dah pasang penapis air, setiap 2 minggu saya akan cuci. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat katrij penapis air tu hitam, berlendir, berlumpur dan berkarat. Sebelum ini tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kotor sungguh! Bayangkan air yang kotor memasuki badan kita. Secara tidak langsung akan merosakkan sistem dalam badan kita. Jadi jangan pandang ringan ye.


katrij-penapis-kotor
Katrij penapis kotor menunjukkan tahap kebersihan air yang disalurkan ke rumah kita.

3) TANGKI SIMPANAN AIR TIDAK DIBERSIHKAN

Agak-agak bila kali terakhir anda membersihan tangki simpanan air? Kalau duduk di rumah teres bolehlah dibersihkan sendiri. Kalau di rumah flat, siapa yang bertanggungjawab untuk membersihakan tangki air tersebut. Biasanya air yang disimpan di dalam tangki ini adalah bagi tujuan mandian dan basuhan. Tetapi jika bekalan air terputus, air simpanan akan disambungkan terus ke sinki dapur. Jika pernah mencuci tangki simpanan, pastinya ada keladak dan kotoran. Atau mungkin juga ada bendasing lain seperti cicak, lipas dan serangga yang mati di dalamnya. Jadi selalulah jenguk tangki simpanan air tu. Jika perlu bersihkannya. 

4) AIR VENDING MESIN KOTOR 

Ada sesetengah vending mesin yang disediakan adalah kotor. Berikut merupakan artikel dari THE STAR, APRIL 2013.


air-vending-mesin-kotor
Air Vending mesin kotor


Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari. Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.
The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.
Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas,” katanya. “Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman,”
Kata Pek. “Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan.”
Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. 
Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.
Bagi mereka yang gemar membeli air melalui Vending Mesin ini, berfikirlah 2 kali kerana:
1. ia bukan saja membahayakan kesihatan anda malah boleh mendatangkan kemudaratan dalam masa jangka panjang
2. ia tidak praktikal dalam jangka masa panjang kerana adalah lebih baik anda membeli 1 sistem penapis air.
3. banyak membuang masa anda untuk pergi & balik ke vending mesin tersebut.
4. terpaksa menunggu giliran.
5. bayangkan kalau anda membawa lebih dari 1 botol air besar. Bukankah lebih selamat & selesa jika anda mempunyai 1 sistem penapis air yang disediakan di rumah sendiri. ada di rumah anda.

5) AIR MENGANDUNGI KLORIN

Klorin adalah bahan kimia yang digunakan di loji air untuk membunuh bakteria dalam air. Namun klorin ini juga adalah penyebab kepada berlakunya kanser untuk tempoh jangka masa panjang. Kesan klorin kepada tubuh manusia adalah:
1.  menjadi toksik kepada tubuh manusia jika terhidu
2. menghakis tisu manusia
3. amat merbahaya jika bergabung dengan bahan kimia lain seperti acetylene, ether, gas ammonia dan hidrogen.
bahaya-klorin
Bahaya klorin


Banyak bahayanya jika kita minum air yang tidak ditapis. Oleh itu sediakan penapis air di rumah anda. Shaklee memperkenalkan water pitcher atau juga dikenali sebagai Get Clean® Water Shaklee.

penapis-air-murah-jimat
Water Pitcher Shaklee adalah penapis air murah dan jimat


Get Clean® Water Shaklee.

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi memelihara dan menjaga alam sekitar. 

air-yang-ditapis-water-pitcher
Hasil air yang ditapis oleh water pitcher


APA KELEBIHAN PENAPIS AIR SHAKLEE?


1.  Water pitcher ini berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Merupakan jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula. Ini menjadikannya penapis air yang setanding dengan jenama terkenal yang lain.


2.  Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat.

3.  Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin.

4.  Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

5. Cara pemasangannya ringkas. Ikut je manual yang disediakan. Jimat masa dan tenaga.

6.  Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan filter. Cukup 300 liter atau 80 gelen, tukarlah filternya.

7.  Rasa air sangat segar dan air yang ditapis adalah sangat halus dan jernih.

8. Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, tunggu sehingga selesai ditapis, kemudian sedia untuk diminum. 

Air yang bersih akan menjamin kuliti hidup kita. Mari kita bertukar kepada water pitcher shaklee ni.


 Dikongsikan testimoni pengguna Water Pitcher

mendapan-kotoran-air-ditapis-oleh-water-pitcher
Mendapan kotoran air yang telah ditapis oleh water pitcher.



testimoni-water-pitcher
Penapis air jimat dan murah. Boleh servis sendiri. Kualiti air pun terbaik.



testimoni-water-pitcher
Air yang ditapis oleh water pitcher sangat sedap untuk diminum.



testimoni-water-pitcher
Water Pitcher pilihan ramai pengguna.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
๐Ÿ“ž: 0175438337 atau http://fatinhamzah.wasap.my


Fatin Hamzah
Pengedar Shaklee Meru Klang

8 sebab anda perlu memilih ESP sebagai minuman kesihatan

May 23, 2018 0

8 sebab kenapa anda perlu memilih ESP sebagai minuman kesihatan


ESP adalah protein yang dihasilkan dari kacang soya non-gmo. Terbaik untuk  CANTIK, KURUS, BERTENAGA DAN KESIHATAN DALAMAN. Semua dalam satu.

Apa lagi yang best tentang ESP ni sehingga menjadikannya sentiasa HOT SELLING?


1.  ESP menjadikan kulit wajah cantik serta awet muda.

2.  ESP membantu menghilangkan parut jerawat, parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati.

3.  ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih.

4.  ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang.



esp-rendah-kalori

ESP rendah kalori membantu turunkan berat badan

5.  ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster.

6.  ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu hamil di tahap optimum.

7.  ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara.

8.  ESP membantu masalah gastrik.



esp-terbaik-untuk-wanita
ESP meningkatkan kesuburan.


esp-susu-banyak-elak-sembelit

ESP bantu banyakkan susu dan elak sembelit




esp-untuk-ibu-hamil

ESP untuk ibu hamil


esp-bantu-masalah-gastrik
ESP bantu masalah gastrik


Jika perlukan sebarang maklumat berkaitan suplemen shaklee, sila hubungi saya http://fatinhamzah.wasap.my.

Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang

Tuesday, May 22, 2018

Vivix boleh memanjangkan telomeres.

May 22, 2018 0


Vivix boleh memanjangkan telomeres.

Setiap hari, sel-sel kita rosak akibat pendedahan terhadap alam sekitar, diet dan tekanan, yang boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan kerosakan ini dapat berkumpul dari masa ke semasa.

Disokong oleh enam paten, Vivix mengandungi sejenis campuran polifenol yang bersifat semulajadi, yang direka untuk membantu melindungi dan membaiki DNA untuk memperlahankan penuaan pada level sel. Bahan-bahan utama telah ditunjukkan dalam kajian makmal untuk mengaktifkan pertahanan selular, meneutralkan radikal bebas dan memperlahankan perkembangan protein AGE yang boleh menyebabkan penuaan selular.

VIVIX-HEBAT
Vivix diformulasi dari 4 bahan premium yang hebat

Apa istimewanya vivix ni?

  1. kaya dengan antioksida untuk memberi perlindungan kepada sel.
  2. mempercepatkan penyembuhan kecederaan otot dan luka seperti luka selepas bersalin.
  3. memberi tenaga kepada badan kerana vivix mengaktifkan mitokondria dalam sel.
  4. menguatkan sistem imun kerana resveratrol dalam vivix memberikan perlindungan kepada sel, elak sel rosak, dan memanjangkan jangka hayat sel.
  5. mengelakkan penuaan sel akibat terdedah kepada radikal bebas.
  6. menggalakkan penuaan sihat, awet muda dan anti penuaan.
  7. menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi dan menyokong kesihatan jantung .
  8. mengawal tekanan darah dan paras gula dalam darah.
  9. menurunkan rintangan insulin dan ini membantu pesakit diabetes melitus.
  10. meningkatkan sistem imun.
  11. menyokong kesihatan sendi dan saraf seperti sakit lutut, bell palsy, SLE, parkinson dan alzheimeir.
  12. mencantikkan kulit dan meremajakan kulit.
  13. membantu proses menurunkan berat badan dan detoks dengan lebih berkesan.
gejala-sle

Gejala SLE

Anda pernah dengar tentang Telomeres?

Telomeres ni sebenarnye seperti "cap" yang melindungi sel dan DNA kita. Bila usia kita semakin meningkat & ditambah dengan faktor-faktor persekitaran akan membuatkan Telomere semakin memendek dan membuatkan sel kita rosak dan akhirnya mati.

Jadi bila sel kita dah rosak, penyakit yang berkaitan dengan radikal bebas akan cepat menyerang dan proses penuaan akan cepat berlaku. Contoh penyakit yang berkaitan adalah seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Namun terdapat juga kajian di mana, jika gaya hidup kita adalah sihat iaitu dengan konsisten melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu, mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta sentiasa berfikiran positif, ianya mampu meningkatkan pemanjangan Telomere sebanyak 10%.

VIVIX mengandungi tinggi antioksidan dan ia mampu melawan radikal bebas dalam badan kita serta boleh memanjangkan telomeres.


vivix-telomeres

Vivix boleh memanjangkan telomeres.


Hanya  mengambil SATU SUDU KECIL VIVIX sahaja sehari dengan konsisten in sha allah mampu melindungi sel radikal bebas daripada merebak ke dalam sel badan.




JOM JAGA KESIHATAN. 
DALAMAN SIHAT PASTI LUARAN PUN SIHAT

"UMMI SUKA SIHAT DAN CANTIK YANG TULIS"
FATIN HAMZAH 0175438337
PENGEDAR SHAKLEE MERU KLANG

Monday, May 21, 2018

Cara atasi anak lambat bercakap

May 21, 2018 3

Cara atasi anak lambat bercakap di rumah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entri sebelum ini adalah mengenai 5 SEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAPHari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengatasi anak lambat bercakap di rumah.

Menurut doktorbudak.com, jika anda ingin mendapatkan kepastian kenapa anak lambat bercakap, bolehlah lakukan perkara yang berikut:
  1. berjumpa dengan doktor kanak-kanak
  2. berjumpa denagn pakar terapi bahasa atau pathologist
  3. berjumpa audiologist (pakar telinga) untuk mengenalpasti sama ada anak anda mengalami masalah pendengaran yang menjejaskan proses percakapan.
parenthood
Hargai anak anda

Berikut adalah cara-cara mengatasi masalah anak lambat bercakap di rumah.

1) Cari Rakan Responsif

Rakan responsif memainkan peranan yang penting terutama bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak ‘speech and language delay’. Biar anak-anak bergaul dengan rakan yang lebih kurang sebaya tapi aktif dalam percakapan. Ini akan menggalakkan anak-anak kita untuk bercakap.


2) Ikut minat anak anda dalam topik perbualan.

Ikuti minat anak anda dalam topik perbualan. Target kita adalah untuk menggalakkan anak-anak untuk bercakap dan bukannya pandai belajar. Bila kita ikut rentak perbualan mereka, kita mampu untuk memperkenalkan bahasa dan pengalaman baru kepada mereka. Percayalah anak-anak anda pasti suka bila kita turut sama dalam alam penceritaan mereka.

3) Jadilah rakan kepada anak kita

Bila kita jadi kawan kepada anak-anak, minat dapat dikongsi bersama. Akan wujudnya perbualan. Jangan tak percaya bila anak anda mula berimeginasi bila bercerita. Dengan sifat berkongsi inilah mewujudkan keselesaan untuk saling berinteraksi.


4) Tunggu dan Respon

Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berinteraksi dengan kita. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan. Bila mereka mula bercakap, responlah. Mereka tentu gembira.

Jadi sebagai ibu bapa hargai dan berilah peluang untuk anak anda meneroka dunia ini. Jangan persalahkan mereka jika lambat bercakap. Sokong dan didiklah mereka. Anak adalah permata hati kita dan amanah dari Allah s.w.t.

Read more: ATASI MASALAH GASTRIK



Jumpa lagi pada entri akan datang. Sila komen dan share ye. Semoga bermanfaat.

Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Anda
Ummi Suka Sihat dan Cantik Yang Tulis.

Sunday, May 20, 2018

TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI

May 20, 2018 0

TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI


1. Berani Meninggalkan Sembahyang.

Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.

 2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa


Firman Allah :
‎ูƒَู„ุงَّ ุจَู„ْ ุฑَุงู†َ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆْุจِู‡ِู…ْ ู…َุง ูƒَุงู†ُูˆْุง ูŠَูƒْุณِุจُูˆْู†َ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)

3. Jauh Dari Al-Quran

Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.

Firman Allah :
‎ุฃَูَู„َุง ูŠَุชَุฏَุจَّุฑُูˆู†َ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ุฃَู…ْ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆุจٍ ุฃَู‚ْูَุงู„ُู‡َุง
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)

4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama


Firman Allah :
‎ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุทَุจَุนَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆุจِู‡ِู…ْ ูˆَุณَู…ْุนِู‡ِู…ْ ูˆَุฃَุจْุตَุงุฑِู‡ِู…ْ ูˆَุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุบَุงูِู„ُูˆู†َ
"Mereka itulah orang-orang yang hati mereka,  telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” (An-Nahl : 108)

 5. Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang


Firman Allah :
‎ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุงุฌْุชَู†ِุจُูˆุง ูƒَุซِูŠุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِู†َّ ุจَุนْุถَ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِุซْู…ٌ ูˆَู„ุง ุชَุฌَุณَّุณُูˆุง
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)

 6. Tidak Suka Mendengar Nasihat


Firman Allah :
‎ูˆَู„َู‚َุฏْ ุฐَุฑَุฃْู†َุง ู„ِุฌَู‡َู†َّู…َ ูƒَุซِูŠุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ْุฌِู†ِّ ูˆَุงู„ุฅู†ْุณِ ู„َู‡ُู…ْ ู‚ُู„ُูˆุจٌ ู„ุง ูŠَูْู‚َู‡ُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุฃَุนْูŠُู†ٌ ู„ุง ูŠُุจْุตِุฑُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุขุฐَุงู†ٌ ู„ุง ูŠَุณْู…َุนُูˆู†َ ุจِู‡َุง ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ูƒَุงู„ุฃู†ْุนَุงู…ِ ุจَู„ْ ู‡ُู…ْ ุฃَุถَู„ُّ ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุบَุงูِู„ُูˆู†َ
“Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)

7. Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur


Firman Allah :
‎ูˆَู„َูˆْ ุชَุฑَู‰ٰ ุฅِุฐِ ุงู„ْู…ُุฌْุฑِู…ُูˆู†َ ู†َุงูƒِุณُูˆ ุฑُุกُูˆุณِู‡ِู…ْ ุนِู†ْุฏَ ุฑَุจِّู‡ِู…ْ ุฑَุจَّู†َุง ุฃَุจْุตَุฑْู†َุง ูˆَุณَู…ِุนْู†َุง ูَุงุฑْุฌِุนْู†َุง ู†َุนْู…َู„ْ ุตَุงู„ِุญًุง ุฅِู†َّุง ู…ُูˆู‚ِู†ُูˆู†َ
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah  : 12)

Wallahua'lam

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

๐Ÿ“ฎJoin Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Tanda-hati-sudah-mati
Tanda hati sudah mati

Saturday, May 19, 2018

5 SEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAP

May 19, 2018 7

siapa ada masalah anak lambat bercakap?
Setiap ibu bapa mesti risau jika anak-anak lambat bercakap. 
Ada masalah ke anak aku ni? Apa yang perlu aku buat?
Begitulah persoalan yang berlegar-legar di kepala si ibu kan.

Anak-lambat-bercakap
Anak lambat bercakap. 

Baca lagi: Suplemen untuk tingkatkan nutrisi anak-anak

Makanan terbaik untuk anak-anak


https://cikpuok.blogspot.my/2018/04/makanan-tambahan-yang-baik-untuk-kanak.html?m=1


5 FAKTOR ANAK LAMBAT BERCAKAP
Ini 5 punca anak lambat bercakap yang perlu anda tahu.

1. KURANG BERBUAL DENGAN ANAK-ANAK
Anda perlu banyakkan berbual dengan anak. Katakanlah apa jua perkara yang boleh menarik minat anak anda untuk berbual biarpun anak anda akan membalas percakapan anda dengan bahasa yang kurang difahami.

Ianya dapat membantu anak untuk bercakap. Teknik ini juga merupakan pengikat di antara ibu bapa dan anak-anak. Kadangkala terdapat anak yang terlalu malu atau tak berani bersuara kerana takut dimarahi kerana hubungan yang tidak rapat dengan ibu bapa.



2. KURANG PENDEDAHAN PADA PERKATAAN
Ingat ye, anak-anak tidak semestinya diperkenalkan dengan perkataan baru melalui buku, tetapi juga daripada deria mereka. Yakni apabila mereka melihat, menyentuh, merasa dengan lidah, atau menghidu. 



Sebab itu lah anak-anda perlu digalakkan untuk mengeksplorasi dunia mereka. Berikan kebebasan kepada mereka untuk bermain tapi pemantauan itu perlu juga. Anak-anak yang aktif dapat membantu meluaskan kosa kata mereka. 

Bercakap-dengan-anak
Selalulah bercakap dengan anak untuk meransang percakapan mereka.

3. TERLALU LAMA DENGAN GAJET
Dalam zaman serba canggih ini, memang sukar untuk kita menghalang anak daripada menonton gajet. Benar, ada banyak rancangan dan video pendidikan dalam gajet yang boleh merangsang minda mereka. Tetapi, kebanyakan komunikasi ini adalah bersifat 1 hala.
Berbeza dengan aktiviti outdoor seperti bermain di taman permainan, berbasikal, bermain pasir, berlari-lari dan sebagainya. Aktiviti outdoor akan lebih mengaktifkan psikomotor dan afektif mereka.

Ketagih-gajet-punca-lambat-bercakap
Ketagih gajet punca anak lambat bercakap

4. CHILD TALK
Anak-anak yang baru belajar bercakap pasti tidak betul sebutannya atau dipanggil pelat.
Kita sebagai orang dewasa yang boleh bercakap dengan lancar tidak seharusnya mengikut percakapan anak-anak yang pelat atau dipanggil child talk. 



Ini kerana child talk tidak membantu mereka untuk bercakap. Bercakaplah dengan bahasa yang normal agar mereka boleh belajar bercakap dengan betul. 

Sejak berumur dua bulan, bayi sudah boleh mengeluarkan suara seolah-olah bercakap. Namun, percakapan bayi di usia ini tidak mungkin difahami. Mereka hanya berbual-bual kosong tanpa sebarang erti.



Selari dengan peningkatan usia, bayi akan mengubah gaya percakapan. Bermula dari: 
a) mengeluarkan bunyi
b) bercakap satu suku kata seperi mama, baba, da, ta dan seterusnya.

Berdasarkan kajian, purata anak boleh mula bercakap ialah pada umur satu tahun dan ke atas. Namun setiap kanak-kanak perkembangannnya tidak sama. Ada yang cepat bercakap dan ada yang sudah berumur 3 tahun pun masih belum bercakap.

5.  ANAK-ANAK KURANG BERGAUL DENGAN ORANG DEWASA.
Anak-anak yang kerap bergaul dengan orang dewasa biasanya akan lebih cepat bercakap berbanding anak-anak yang bergaul dengan rakan sebaya.
Ini kerana anak-anak cenderung untuk mengikut cara  percakapan orang dewasa. Kosa kata mereka juga dapat diperluaskan.


Itu adalah 5 faktor umum penyebab kanak-kanak lambat bercakap. Jika anda perlukan kepastian segeralah berjumpa dengan doktor. Mana tahu anak anda mungkin menghadapai masalah lain seperti autisme, masalah pertuturan dan pendengaran. Jangan dipandang remeh masalah anak lambat bercakap ni ye. Ibu bapa harus peka dengan perkembangan anak-anak.

Masalah-pendengaran-lambat-bercakap
Masalah pendengaran dan lambat bercakap

Autisme-speech-delay
Lambat bercakap salah satu tanda Autisme. 


Sekian dulu entri pada kali ini.

Selamat Berpuasa dan semoga amalan kita diterima olehNya. Aamiin.
"Pengedar Shaklee Meru Klang Yang Tulis"
2 Ramadhan 1439H.

Wednesday, May 16, 2018

3 tips untuk hidup lebih sihat dan hebat

May 16, 2018 5

Prevention is Better Than Cure. SETUJU?

Awal bulan Mei 2018 saya dan suami berpeluang membuat pemeriksaan asas kesihatan di KPJ Klang secara percuma. Pada saya, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. Jadi saya ambil peluang tersebut untuk mengetahui tahap kesihatan saya.

prevention-is-better-than-cure

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati



Inilah hasil ujian tersebut.


1. OBESITY SCREENING


  • dengan berat 56.4kg dan tinggi 146sm, BMI saya adalah 26.5.Jadi saya dikira obesiti. Oh....TIDAK!!!! ini yang tak sedap didengar kan.
  • Peratus lemak badan adalah 35.3%
  • Visceral fat: 5


2. BLOOD PRESSURE


  • a little bit low. Patut la selalu penin kepala kan. Mungkin rehat tak cukup dan ditambah dengan kurang selera untuk makan.
  • Systolic: 116 mmHg
  • diastolic: 71 mmHg
  • pulse rate: 77 pulse/min.


3. ORAGAN DALAMAN


  • Walaupun saya berumur 38 tahun, tapi organ dalaman saya berumur 48 tahun. Ishhh 10 tahun lebih tua tu. VIVIX please hihihi.


4. BASAL METABOLISME RATE


  • Kadar metabolisme: 1200 kcal. 
  • Berada di paras normal. Ngam-ngam jer ni. Lagi elok lebih 1200kcal katanya.


5. BLOOD SUGAR LEVEL


  • Bacaan Gula: 4.9. Not bad kan. Tapi perlu dipantau


hasil-ujian

Hasil Ujian

Selepas itu kami disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan. Selalulah pantau tekanan darah kerana tekanan darah yang tinggi merupakan pembunuh senyap. INSAF kan.

Jadi benarlah saranan dari SHAKLEE untuk hidup lebih sihat dan hebat kita perlu mengamalkan 3 tips yang berikut.

Read more: KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

ATASI MASALAH SENGGUGUT

3 Tips Untuk Hidup Lebih Sihat Dan Hebat!!!

MAKAN SECARA SIHAT

Pilihlah makanan yang menyihatkan dengan memberi penekanan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh dan produk susu yang bebas lemak atau rendah lemak.

makan-secara-sihat
Makan Secara Sihat, Agar Hidup Pun Lebih Sihat

BERSENAM DAN CAPAI BERAT YANG SIHAT

Bersenam dengan betul dan sesuai dengan kemampuan diri. Dengan bersenam, kita dapat mengekalkan kecergasan dan tahap metabolisme. Jadikan aktiviti fizikal seperti beriadah, berkebun, berjalan pantas mahupun berjoging sebagai satu aktivit yang kerap dan teratur untuk dijadikan sebagai amalan kehidupan. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.


mari-bersenam
Jom kita bersenam

SUPLEMEN SECARA BIJAK.

  1. Setiap hari kita digalakkan untuk mengambil multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang iaitu sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D.
  2. pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari. Ini kerana protein merupakan blok binaan asas tubuh  untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  3. tingkatkan pengambilan asid lemak omega-3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  4. nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh dari penuaan. Jadi pastikan anda mengambil vitamin C dan E serta karotena.
  5. pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  6. dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan meningkatkan imuniti badan.

JOM JAGA KESIHATAN

hidup-sihat-hidup-hebat-shaklee


Saya menyokong saranan SHAKLEE
 Untuk Hidup Lebih Sihat Dan Hebat!!!


better-life-with-shaklee
Hidup Lebih Sihat Dengan Shaklee

Jika anda perlukan sebarang suplemen shaklee, bolehlah contact saya

PENGEDAR-SHAKLEE-MERU-KLANG

Hai saya Fatin Hamzah.
Seorang pensyarah di politeknik semenjak tahun 2005. Bidang saya adalah Teknologi Perkayuan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam. Saya sangat suka melibatkan diri dalam bidang R&D serta menghasilkan produk inovasi.

Saya juga merupakan seorang Pengedar Shaklee Meru & Kapar, Klang serta Setia Alam dan Setia Taipan, Shah Alam. Diperkenalkan dengan shaklee pada tahun 2012 dan mula menjadi ahli pada penghujung tahun 2013.

Kemudian, saya aktif dengan bisnes shaklee semenjak tahun 2016 sehingga kini. Saya suka berkongsi kebaikan produk shaklee dengan orang ramai. Saya menyokong amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang. JOM JAGA KESIHATAN.




Monday, May 14, 2018

3 Nutrisi Lengkap Untuk Menyambut Ramadhan Al Mubarak

May 14, 2018 11

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ulangkaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan menjelma :-

selamat-berpuasa-2018
Selamat Berpuasa 1439H

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

niat-berpuasa-ramadhan

Niat Berpuasa Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

niat-berbuka-puasa

Niat Berbuka Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

tips-sahur-sihat

Tips Sahur Yang Sihat

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Ciri-ciri penampilan diri anda

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua
### Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Ditinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Tahun Tertinggal.
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka DiKenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan.

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa.

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian.
### Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya.

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan.
Boleh rujuk jadual di bawah ini:

ganti-puasa-bayar-fidyah

Ganti Puasa dan Bayar Fidyah


Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan 

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-


1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya atau Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri atau Anak Yang Di Susui Itu

jom-berpuasa
Jom Berpuasa


Untuk kekal sihat, aktif dan bertenaga, pastikan anda menjaga pemakanan dan mengamalkan nutrsi yang lengkap. Bulan ini SHAKLEE menawarkan 3 Nutrisi Lengkap Untuk Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ada diskaun 10 peratus bagi setiap pembelian 2 canister:

1. Performance Drink
2. Cinch Shake
3. Mealshakes

promo-3-mighty-gems

Promo 3 mighty gems

Kenapa anda perlukan Performance Drink?

  1. mencegah dehidrasi.
  2. mengekalkan paras gula dalam darah.
  3. memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  4. melembapkan kulit.
  5. mengurangkan kehausan.
  6. meningkatkan daya ketahanan badan.
  7. membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal.
  8. mengandungi potasium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan klorida untuk mengimbangi metabolisme air dalam tubuh badan.

Cinch Shake perlu ke semasa berpuasa?

Ya, memang perlu. Cinch Shake merupakan serbuk protein yang kaya dengan Leusine iaitu asid amino yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan, mengawal nafsu makan, membakar lemak bukan otot, memberikan rasa kenyang dan memelihara otot tubuh.

Bagaimana pula dengan Meal shake?

Meal shake merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan dengan jumlah seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran. Ia juga memberikan perlindungan yang baik. Anak-anak yang baru belajar berpuasa sangat sesuai diberikan meal shake ni.
testimoni-3-mighty-gems-berpuasa

Testimoni 3 Mighty Gems Berpuasa


testimoni-3-mighty-gems-berpuasa

Testimoni 3 Mighty Gems Berpuasa

Sekian dulu entri saya pada kali ini.

 Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Di Seluruh Dunia.

JIKA PERLUKAN PRODUK SHAKLEE ATAU NAK JADI AHLI, BOLEH CONTACT SAYA
http://fatinhamzah.wasap.my