Friday, March 2, 2018

7 tips atasi kembung perut bayi


Gambar sekadar hiasan


Assalamualaikum.
Hari ini saya nak kongsikan tentang 7 tips mengatasi kembung bayi.

Baru-baru ni bayi saya yang berusia sebulan, sering mengalami kembung perut.  Tak tidur malam dibuatnya. Bermula pukul 3 pagi, sampai ke subuh, bayi saya akan muntah susu dan muak. Kemudian menangis tak henti-henti. Stress tau bila tak cukup tidur. Nak jaga 3 orang anak kecil yang lain lagi. Hmmm letih rasa badan. Bersabar je la kan. Melayan macam-macam karenah dan permintaan mereka. Nakkan susu, makan nasi,  mainan,  salinkan pampers dan tiba-tiba bila tantarum mereka datang, ummi rasa macam nak bertukar jadi "hulk".

Gambar sekadar hiasan


Bila dah tak tahu nak buat apa, ummi terus ke klinik kesihatan untuk dapatkan nasihat doktor.

Di antara soalan-soalan daripada doktor:
1) Apa masalah bayi puan?
2) Muntah tu kerap atau tidak?
3) Kembungnya macam mana?
4) Berapa kerap bayi puan menyusu badan?
5) Berapa tempoh atau minit bayi puan menyusu?
Dan banyak lagi soalan yang ummi pun tak berapa nak ingat.

Selepas tu barulah pemeriksaan dijalankan. Cek dada, perut dan tindakbalas bayi. Alhamdulillah tiada yang serius. Mungkin kembung perut biasa. Jadi doktor menasihatkan saya untuk memantau perkembangan bayi. Jika teruk terus ke bahagian emergency hospital, selalu urut dan sendawakan bayi serta jagalah pemakanan ibu.  Part akhir ni buat aku terpikir. Memang la sebab bayi Muhammad ini diberikan penyusuan penuh dari umminya hehehe. Apakah yang silap dimakan olehku agaknya? 🤔🤔🤔

Soalan yang kutanya kepada doktor sebelum pulang adalah "Bagaimana dikatakan kembung yang teruk?

Ini jawapan daripada doktor:
1. Muntah dengan kerap sehingga memancut.
2. Bayi tak kencing dan tak berak.
3. Perut kembung dengan keras dan bayi menangis tak henti-henti.
4. Bayi tidak mahu menyusu.

Gambar sekadar hiasan


Ok, setakat ni bayi Muhammad tiada satu pun menunjukkan simpton seperti di atas. Jadi lega. Ayuh kita pulang. Untuk lebih berhati-hati kita google la tengok petua-petua yang boleh diambil pakai.

Langkah atasi kembung perut pada bayi

  1. Membuat urutan sendiri contohnya urutan I Love You, Bicycling, Tiger in the tree. Boleh search di You Tube.
  2. Boleh memanggil tukang urut yang berkaliber untuk mengurut bayi.
  3. Pastikan baby latch dengan sempurna semasa proses breastfeeding.
  4. Selepas proses penyusuan, tak kira secara direct feeding ataupun botol susu, pastikan bayi anda disendawakan.
  5. Setiap kali lepas mandi, sebelum tidur malam, pastikan anda membuat urutan sedikit kepada bayi. Urut bahagian perut, betis, peha dan tapak kaki secara lembut. 
  6. Ibu yang menyusukan mestilah menjaga pemakanan. Elakkan makan makanan yang berangin, contohnya kobis, brokoli, kailan, keledek dan sebagainya. 
  7. Ibu menyusukan juga hendaklah sentiasa pastikan perut tidak kosong kerana ini juga salah satu faktor yang menyumbang bayi mudah kembung.
Bila dah tahu beberapa tips ni, senang sikit la ibu-ibu kan. Jangan murung dan tertekan dengan situasi begini. Bersabar dan bertabah. Moga Allah membantu dan memberikan penyelesaian bagi setiap masalah.
Jom tengok demo urutan untuk kembung perut bayi.



Cara yang betul untuk sendawakan bayi.



Ini pulak cara untuk menenangkan bayi yang mengalami kembung.


Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat untuk semua.

Didoakan semoga anak-anak kita semua sihat-sihat belaka. Aamiin.

Ummi dalam pantang tulis.
Hari ke 37.
Fatin Hamzah 
Pengedar Shaklee 1094300♥️♥️♥️

Gambar sekadar hiasan



No comments:

Post a Comment