Wednesday, March 21, 2018

Apakah Kesan Pengamal Suplemen dan Youth Shaklee


Kesan Pengamal Suplemen dan Youth Shaklee 


Semenjak zaman remaja lagi saya mempunyai masalah kulit muka. Ini kerana saya mempunyai masalah resdung dan kulit yang sensitif. Muka sering berminyak, gatal dan berjerawat. Jerawat tu pulak jenis yang bernanah. Adus sengsaranya rasa masa zaman remaja tu untuk merawat masalah kulit wajah.



Pelbagai produk telah saya cuba dari dulu. Sama ada cara tradisional, menggunakan produk keluaran tempatan mahupun dari luar negara. Dari produk yang murah sehinggalah yang mahal. Bila orang bagi cadangan, semuanya saya cuba.


Jadi muka saya mempunyai parut jerawat yang berkawah seperti bulan purnama tu Hihi. Muka saya jugak agak kusam, gara-gara aktif bersukan dari dulu sehinggalah dah kerja ni pun. Satu lagi masalah saya apabila mengandung, jeragat dan kutil-kutil kolestrol tu pun mulalah bermaharajalela. Tak mau hilang pulak tu. Geram bebenor rasa hati ni.


Jadi, apa yang saya lakukan untuk mengatasi masalah kulit wajah ni?

Sebenarnya saya terima shaklee effect untuk kulit wajah ni secara tak sengaja. Kenapa tak sengaja pulak?

Begini ceritanya. Saya mula menggunakan produk Shaklee pada tahun 2012. Mula join ahli dan berbisnes shakle penghujung tahun 2013. Mula kenal shaklee ni sebab masalah low hb ketika mengandung. Selepas tu saya teruskan sebab rasa kesihatan lebih baik berbanding dulu. Muka pun dah kurang kusam dan jerawat makin berkurangan. Nah belanja testimoni saya yang pertama.

Shaklee Effect saya yang pertama.

Masa ni saya konsisten amalkan 3 suplemen shaklee iaitu B-Complex, Vitalea dan Vitamin C Sustained ReleaseKadangkala saya akan add on ESP, Ostematrix dan Omega Guard bergantung kepada keperluan badan saya.

Kemudian saya join program DETOKS SHAKLEE bersama ahli pollux. Walaupun saya tak sepenuhnya ikut menu detoks tu sebab masih breast-feeding, tapi alhamdulillah berat saya turun hampir 4kg dalam masa 2 minggu.  Kulit dah kurang berminyak. Ini pulak shaklee effect saya yang kedua. Saya amalkan set detoks shaklee.


My Shaklee Effect after join detox challenge with pollux family.




Selepas turun 4kg tanpa disangka-sangka saya hamil anak yang ketiga. Alhamdulillah. Terlebih subur pulak hihihi.


Kemudian saya cuba pulak Nutriwhite dan eye treatment enfuselle. Maklumlah garis-garis halus terutama kat bawah mata tu dah mula muncul. Umur makin meningkat begitu lah. Baru nak berjinak-jinak dengan skincare shaklee, tiba-tiba announce akan stop NUTRIWHITE dan ENFUSELLE. Punyalah sedih kan. Shaklee akan keluarkan produk baru yang telah ditambahbaik iaitu YOUTH. Lama tau nak tunggu YOUTH ni keluar.

Akhirnya bersempena dengan Hari Lahir saya 1 Mac 2018, chewahh maka SET YOUTH REPAIR AND INTENSIVE TREATMENT mula dijual. Maka dengan bantuan upline saya Master Aya Chalo, teruslah dipesan online YOUTH ni. Kiranya ini reward untuk diri sendiri bersempena dengan hari lahir dan bersalin anak yang keempat. Produk laku keras. 500 set terjual dalam masa 3 hari sahaja uols. Wow! Nasib sempat order kan. Alhamdulillah.

Hampir 3 minggu saya menggunakan set YOUTH intensif ni. Lihatlah testimoni saya sendiri. Gambar agak kurang berkualiti kerana penataan cahaya yang tidak seimbang.

Penggunaan 3 hari YOUTH
Muka yang tidak bermaya kembali berseri


Penggunaan 2 minggu YOUTH
Jeragat makin pudar di sekitar kawasan pipi.


Penggunaan 3 minggu YOUTH
Liang pori makin mengecil, blackhead dan whitehead di kawasan hidung semakin berkurangan.

Saya sedang merasai kesan YOUTH.
Kena lebih konsisten dan sabar untuk merawat kulit wajah. Saya amalkan juga suplemen untuk kulit. Moga kulit wajah saya akan lebih sihat, bersih dan cantik.

Anda perlukan produk SHAKLEE? Boleh hubungi saya

Konsultasi mengenai produk akan diberikan apabila barang telah sampai.

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. See you in the next post.
Assalamualaikum.
Salam persahabatan dan keceriaan dari che fatin hamzah.
Pengedar Shaklee Meru Klang
Pengedar Youth Shaklee Meru Klang.



1 comment:

  1. https://www.fatinhamzah.com/2018/03/kesan-pengamal-suplemen-dan-youth.html?m=1

    ReplyDelete