Thursday, March 8, 2018

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH DAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019.

Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki Tahun 1 dan prasekolah.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH DAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019 & 2020.




Pendaftaran Tahun 1

Tarikh lahir dan Tahun Persekolahan :
2 Jan. 2012 -- 1 Jan. 2013 = *2019*
2 Jan. 2013 -- 1 Jan. 2014 = *2020*

Sila layari website: https://public.moe.gov.my



Pendaftaran Online dibuka pada 1 Mac sehingga 30 April 2018.

Pendaftaran lewat  iaitu 1  Mei sehingga 15 Disember 2018.

Penempatan sekolah akan dipaparkan  pada 1 Ogos 2018.

Rayuan boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2018.

Keputusan Rayuan akan diketahui pada 1 Oktober 2018.

Bagi Pendaftaran lewat iaitu selepas 15 Disember 2018 hingga 30 Januari 2019, sila Isi Borang ASBS.

Info : JPNS




PRASEKOLAH

Sila layari website:
https://eprasekolah.moe.gov.my

Permohonan online dibuka pada 1 MAC 2018 hingga 30 APRIL 2018 bagi kemasukan pada tahun hadapan.


Maklumat tambahan:

Pendaftaran tahun 1, 2019 & 2020 boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:

Kaedah 1) *Daftar manual*
Langkah 1- ibubapa pergi ke sekolah yang ingin dipohon untuk mendapatkan borang manual.

Langkah 2 - ibubapa perlu melengkapkan borang manual dan menghantar borang berserta dokumen iringan/sokongan.

Langkah 3 - ibubapa perlu menghantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen iringan/sokongan ke sekolah yang ingin dipohon.

Kaedah 2) *Ibubapa daftar online*

Langkah1 - ibubapa mendaftar sendiri secara online melalui website www.public.moe.gov.my (panduan mendaftar turut disertakan dalam sistem)

Langkah 2 - Cetak borang permohonan yang telah lengkap dan bawa dokumen iringan/sokongan ke sekolah yang ingin di pohon.

Dokumen iringan/sokongan yang perlu disahkan & disertakan ialah:
1. Salinan surat lahir murid/mykid.
2. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang sah.
3. Salinan surat nikah/sijil pengangkatan murid/arahan hak penjagaan
4. Bil air/letrik/cukai pintu.

Harap maklumat ini dapat membantu.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment