Wednesday, April 25, 2018

10 Punca Payudara Sakit Dan Membengkak



10 Punca Payudara Sakit Dan Membengkak


1. Haid anda bakal tiba

Salah satu tanda haid anda akan tiba adalah apabila payudara akan rasa sakit dan membengkak. Sakit ini kebanyakannya akan dirasai oleh wanita sepanjang tempoh minggu haid. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah proses yang normal. Kadangkala apabila anda mengambil pil perancang juga boleh merasakan perkara yang sama.
payu-dara-bengkak-tanda-period-datang
Payudara bengkak tanda period datang

2. Tahniah anda hamil!

Di awal kehamilan, anda akan berasa sakit dan bengkak pada payudara, lebih sakit dari apa yang anda alami sebelum atau ketika haid. Kemudian, ia akan membesar dari segi saiz cup termasuk juga di bahagian puting. Ini juga adalah normal.
hamil-juga-sebabkan-payudara-bengkak
Hamil juga sebabkan payudara bengkak

 3. Anda perlukan coli baru

Jika wayar pada coli terasa menyakitkan, payudara ‘terkeluar’ dari coli atau bahagian bahu, leher serta belakang selalu terasa sakit, ini menunjukkan kamu perlukan coli baru. Cari yang sesuai dengan saiz, praktikal dan memberi sokongan yang sepatutnya. Jangan sekadar beli coli yang cantik saja okeh ATAU anda perlu mencuci coli!!! Percaya tak ada wanita memakai coli yang sama selama berminggu-minggu? Euuww! Peluh dan bakteria mudah berkumpul kat fabrik dan boleh menyebabkan jangkitan kulat, mengakibatkan kegatalan serta melecet.

4. Perubahan berat badan

Bila berat badan naik atau turun, payudara biasanya menjadi kawasan pertama yang menerima kesan. Ini kerana ia terdiri dari gabungan tisu lemak dan tisu payudara. Jadi apabila berat naik, lebih cepatlah payudara mengecut atau mengembang. Anda juga mungkin akan dapati kesan regangan kulit semasa proses ini. Pada mulanya ia berwarna merah, tapi lama-kelamaan akan menjadi pudar, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

5. Anda makan terlalu banyak garam

Payudara terasa bengkak walaupun bukan waktu period? Water retention mungkin penyebabnya. Fast food dan processed food memang tinggi kandungan garam. Makanan seperti ini menjadikan payudara anda akan terasa lebih sakit. Sila amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang ye.

6. Anda minum terlalu banyak kafein

Satu kajian oleh Duke University di California, Amerika Syarikat menunjukkan 61 peratus wanita yang mengurangkan pengambilan kafein akan mengurangkan juga masalah payudara sakit dan membengkak. Kajian sebelumnya bersetuju lebih 25 peratus wanita mengakui kesakitan itu hilang serta-merta. Kafein menyebabkan saluran darah di payudara mengembang, menyebabkan ia terasa berat dan membengkak. Jadi jika anda selalu mengalami rasa yang sedemikian, gantikan kopi kegemaranmu dengan minuman tanpa kafein atau lebih baik lagi mengambil minuman kesihatan seperti ESP.
ketagihan-kafein-minuman-tidak-berkhasiat
 Kafein adalah minuman tidak berkhasiat. Ketagihan kafein perlu dielakkan.

7. Anda terlebih bersenam

Memang bersenam itu bagus tapi apabila anda tidak memakai sports bra yang  betul dan terlebih bersenam akan menyebabkan payudara terasa sakit. Malah, satu daripada tiga wanita berasa sedikit sakit pada payudara ketika bersenam, dan lebih menyakitkan buat wanita yang memiliki payudara besar. Untuk elakkannya, pastikan anda memakai coli dengan betul dan sesuai.
jangan-over-bersenam
Wanita jangan over bersenam ye

8. Kekurangan zat besi

Zat besi sangat penting untuk tiroid, kelenjar berbentuk rama-rama di leher yang menghasilkan hormon bagi mengawal pertumbuhan dan metabolisme tubuh. Pada tahun 2004, para pengkaji mendapati menambah iodin ke dalam diet harian wanita boleh mengurangkan kesakitan di payudara.

9. Anda mungkin menghidap masalah PCOS

Polycystic ovary syndrome mempunyai banyak sipmtom yang boleh dikesan dengan mudah. Contonya period yang tidak teratur, bulu berlebihan di wajah dan tubuh, kulit berminyak dan berjerawat, peningkatan berat badan, termasuk rasa sakit di payudara. Wanita yang menghidapi PCOS mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami lebihan air dalam badan dan breast tenderness. Untuk kepastian, silalah dapatkan pemeriksaan doktor yang bertauliah.
5-punca-pcos
5 punca PCOS terjadi

ATASI NAFAS BERBAU

10. Ketulan di payudara

Jangan anggap ini perkara remeh. Umur yang muda juga boleh mengalami masalah ini. Setiap wanita mempunyai kemungkinan untuk diserang oleh barah payudara. Ianya tidak mengira umur. Jika ada sebarang simptom seperti ketulan di payudara atau ketiak, perubahan bentuk atau saiz payudara, lekuk di kulit, segeralah berjumpa doktor. Diagnosis dan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.


simpton-kanser-payudara
Simpton kanser payudara

Innalillah dan Al- Fatihah buat sahabatku JULIANA BT IDRIS. Lahir pada 29 Februari 1980 dan meninggal dunia pada tahun 2016 akibat breast cancer. Semoga syurga buatmu sahabat.


READ MORE: 12 Sebab kenapa puting payudara anda sakit



Ummi Suka Sihat Dan Cantk Yang Tulis,
Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang
AlFatehBiz Founder

11 comments:

  1. wanita jangan terlebih bersenam ye

    ReplyDelete
  2. Aduh bikin seram tu kalau sakit2 bahagian tu

    ReplyDelete
  3. Penyakit yg digeruni, breast cancer. Info yang sangat baik untuk SENTIASA check keadaan payudara masing-masing

    ReplyDelete
  4. tkut pla, moga kita thindar lgi pnyakit, amalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  5. Kena alert selalu ni. Tq infonya..

    ReplyDelete
  6. Info yg berguna..bru tau wanita x boleh terlebih senaman

    ReplyDelete
  7. Arwah kakak ipar saya pun one of pejuang breast cancer. Kita wanita kena betul betul alert pasal hal ni. 😭

    ReplyDelete
  8. Semua wanita Wajib baca ni.. banyak info

    ReplyDelete