5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu

SHARE:

5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu 1 – Sakit Kepala Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, sakit kepala adalah perkara ...

5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu


1 – Sakit Kepala

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, sakit kepala adalah perkara biasa pada trimester pertama dan ketiga.

Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan hormon pada awal kehamilan dan boleh bertambah teruk apabila ibu hamil kurang tidur, menghadapi tekanan atau kesan kerana berhenti minum kopi.

Sakit kepala juga boleh terjadi kerana postur badan yang lemah akibat berat bayi dalam kandungan yang semakin besar.

sakit-kepala-ibu-hamil
Morning sickness biasanya disertai sengan sakit kepala.

2 – Sembelit

Menurut Dr. Zubaidi sembelit semasa hamil boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Tetapi selain daripada kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat, tubuh wanita hamil juga mempunyai hormon progesterone yang banyak.

Hormon ini melambatkan sistem pencernaan dan boleh menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.

Rahim yang semakin besar juga akan memberi tekanan pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan dubur.

sembelit-hamil
Masalah sembelit dan hamil tidak dapat dipisahkan.

3 – Sakit punggung (sakit yang paling kerap terjadi)

Sakit punggung adalah sakit yang paling biasa terjadi di kalangan wanita hamil.

Ini disebabkan otot-otot pada bahagian belakang yang tidak cukup kuat untuk menampung berat seorang bayi.

Apabila wanita hamil terpaksa memikul berat janin yang semakin besar, ia akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada tulang belakang dan bahagian punggung.

ibu-hamil-sakit-pinggul
Ibu hamil sering mengalami masalah sakit pinggul terutama di fasa akhir kehamilan.

4 – Buasir

Buasir adalah penyakit biasa yang akan dialami oleh ibu mengandung.

Dua faktor utama mengapa buasir berlaku adalah disebabkan perubahan hormon dan
pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur  Faktor lain yang boleh mendorong termasuklah meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.

buasir-kehamilan
Masalah buasir dan kehamilan

5 – Kesakitan pada bahagian bawah perut (Round ligament pain)

Sakit ketika mengandung seperti rasa sakit di kedua-dua bahagian abdomen bawah.

Dalam pelvis anda, terdapat ligamen yang berfungsi untuk ‘memegang’ rahim supaya ia berada dalam keadaan yang stabil.

Apabila berat kandungan semakin bertambah, berat yang perlu ditanggung oleh ligamen ini akan menyebabkan ia menjadi tebal dan tegang.

Ini boleh menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa atau rasa sakit seperti ditikam di kedua-dua bahagian abdomen bawah. Kesakitan ini di panggil round ligament pain dan ia boleh dirasakan ketika:

-bangun dari duduk atau mencangkung
-melakukan kerja-kerja berat
-batuk dengan kuat


Sakit-di-bahagian-bawah-abdomen

Sakit di bahagian bawah abdomen

perkembangan-bayi-dalam-perut-ibu
Perkembangan bayi dalam perut ibu

Pengalaman saya, kesemua kelima-lima sakit itu pernah dirasai. Yang paling sakit adalah nombor 5. Sebab itu apabila usia kandungan mencecah usia 8 - 9 bulan, saya selalu dinasihatkan oleh doktor agar mengambil cuti rehat  lebih awal kerana saiz perut saya yang besar dan kesukaran saya untuk berjalan. Tambahan pulak apabila saya mengajar dan perlu bergerak ke blok bangunan yang lain, turun naik tangga dan bergerak dari satu kelas ke kelas yang berlainan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Namun alhamdulillah keempat-empat anak saya dilahirkan secara normal dan membesar dengan baik.

Apa yang saya amalkan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut?

1) Menjaga pemakanan. 

- banyakkan pengambilan serat dalam makanan. 
- minum air dengan secukupnya. Kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia sangat menganggu bacaan hb.

pemakanan-seimbang-ibu-hamil
Ibu hamil dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang 

2) Mengamalkan suplemen.

- saya jenis yang mengalami alahan teruk apabila hamil. Apa yang dimakan atau diminum memang mudah untuk dimuntahkan semula.
- tempoh alahan pulak adalah lama sehingga 6 bulan ataupun sampai 10 bulan. Ini pengalaman mengandungkan anak sulong. Masa ni belum celik suplemen lagi hihihi.
- alahan muntah pula disertai dengan cirit-birit. Jadi awal-awal kehamilan memang berat akan turun sehingga 5 kg. Muka pun nampak pucat dan cengkung.

Read: suplemen yang saya amalkansama seperti set penyusuan kecuali saya tidak mengambil alfalfa dan lecithin ketika hamil.

3) Melakukan senaman

- saya melakukan senaman ringan untuk ibu hamil. Boleh google atau youtube. Banyak contohnya.

Senaman-ringan-bagi-ibu-hamil
Senaman ringan bagi ibu hamil

4) Berurut

- apabila urat-urat berasa tegang, saya akan pergi berurut. Sama ada pergi ke spa, panggil tukang urut datang ke rumah ataupun minta suami tolong urutkan. Jadi lega sikit urat-urat tu kan. Boleh elak stress jugak. Tambah apabila tegang urat leher dan bahu. Sedapnya kalau dapat bermanja-manja di spa sekali-sekala kan.

urutan-ibu-hamil
Urutan bagi ibu hamil

5) Mandi atau rendam kaki dengan air suam

- kadangkala apabila berasa sangat tidak selesa, saya akan mandi atau rendam kaki seketika dalam air suam. Sangat lega. Hilang seketika penat dan semput.

mandi-air-suam
Mandi dengan air suam

rendam-kaki-air-suam
Rendam kaki dengan air suam


Hargai wanita. 
Hargai ibumu. Hargai kakakmu. 
Hargai adik perempuanmu. Sesungguhnya wanita banyak berkorban.

Fatin Hamzah
Pengedar Shaklee Meru Klang
Ummi Suka Sihat dan Cantik yang Tulis

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

10 fakta kelahiran,1,10 Punca Payudara Sakit Dan Membengkak,1,100% vegan,1,15 nasihat untuk umur 50 tahun,1,19 vitamin,1,20 tips tenang,1,2019,1,2020,1,3 Nutrisi Lengkap Untuk Berpuasa,1,3C,1,3C shaklee,3,5 kepentingan suplemen kepada tubuh badan kita,1,5 sebab pilih esp shaklee,1,ADAM50,1,aelalulah bercakap dengan anak,1,ahli,1,aktiviti,2,al manna,1,Alfalfa,5,AlFatehBiz,11,AlFAtehBiz founder,1,AlFatehBizFounder,5,amalan 5 perkara,1,anak lambat bercakap,1,anak permata hatiku,2,anak-anak,2,anak-anak permata hatiku.,1,anemia,1,ANGGUR MUSCADINE,1,anti-aging,1,antibodi,1,apeech delay,1,aqiem rusli,1,arabic gum,1,AS 1Malaysia,1,ASB,1,asb online,1,atasi anemia,1,atasi bell palsy,2,ATASI KAYAP DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE,1,Atasi Masalah Resdung,1,atasi mulut berbau,1,atasi senggugut,1,autisme,1,awet muda,2,azan bayi,1,B complex shaklee,1,b-complex,1,Balik kerja on time,1,bantu masalah demam,1,banyakkan susu,1,basic H,2,basuh tangan,1,BAYI 2018,1,bcomplex,4,Bell palsy,1,beribadat,1,bersedekah,1,bertaubat,1,bestseller,1,bisikan syaitan,1,bisnes,4,bisnes shaklee,5,body,1,bonus,2,bronkitis,1,bukit malawati,1,cantik,2,CAR BONUS,1,Cara atasi anak lambat bercakap,1,CARA MENGATASI KAYAP DENGAN BERKESAN,1,carotomax,3,CASH BONUS,1,cegah kanser prostat,1,child talk,1,children,2,cinch tea mix,1,cinchtea,2,COD,1,coli baru,1,Collagen powder,1,consumer,2,CONVENTION,1,CoQ Trol Plus,2,cucuk imunisasi,1,Cukup di sini,1,dahwah tanpa henti,1,dakwah tanpa henti,1,Dato' Seri Siti Nurhaliza,1,denggi,1,detok,1,detoks,2,detox,2,diet sihat,2,Dr.Forrest,1,DTX Complex,1,Ejen Dropship Shaklee diperlukan,1,elak kanser prostat,2,elak sembelit,2,esp,7,ESP SHAKLEE,1,EUROPEAN ELDERBERRIES,2,famili,3,fatty liver,1,fikir positif,1,fokus,1,garlic,1,garliccomplex,2,gaya hidup sihat,3,Gejala-gejala HFMD,1,get clean water,1,gigi,1,GLA,3,haid tiba,1,halal,1,hamil,2,HARI RAYA EIDULFITR,1,hati bengkak,1,hati berlemak,1,herbal blend,3,herblax,2,hfmd,1,HIDUP MEMERLUKAN PERUBAHAN,1,hidup positif,1,hidup untuk kerja,1,hikmah azan,1,ibu hamil,2,ibu hebat,1,ibu menyusu,1,ibuku,1,Ikhtiar hamil,2,Imam An-Nawawi,1,imunisasi,1,imuniti,1,Indah,1,info kesihatan,2,inovatif,2,INSENTIF SHAKLEE,1,insurans takaful,1,interferons,1,istimewa,1,jadi ahli shaklee,1,jadi rakan kepada anak anda,1,jaga kebersihan,1,JAGA KESIHATAN,2,jagalah Allah,1,jalan-jalan,1,jana income,1,jana income shaklee,2,jangkitam saluran kencing,1,jangkitan pundi-pundi udara,1,jangkitan salur pernafasan,1,jantung,1,jeragat,1,jerawat,1,join,1,join ahli shaklee,1,join member shaklee,1,JOM SIHAT,1,Kaki dan Mulut HFMD,1,kalsium,2,kanak-kanak,6,Kaum ibu,1,kawal nafsu makan,1,kayap,1,Kebaikan minyak kelapa sawit,1,kebaikan vitamin E,3,Kemasukan darjah 1,1,kemasukan pra sekolah,1,kembung perut,1,kementerian kesihatan malaysia,1,kementerian pendidikan malaysia,1,kenangan,1,kencing berbuih,1,Kencing kotor,1,kencing tak lawas,1,kencing tikus,1,Kepentingan suplemen,3,kepentingan vitamin B,1,keputihan,1,kerja itu satu ibadah,1,kerja untuk hidup,1,Kesan ambil supelemen,1,kesan pakai youth,1,kesihatan,4,kesihatan sendi,1,kesuburan,2,KHUTBAH DI ARAB SAUDI,1,kolagen,1,kolestrol,3,kolestrol HDL,1,kolestrol jahat,1,kolestrol LDL,2,kreatif,2,kulit,4,KULIT ANJAL,1,kulit bersih dan sihat,1,KULIT GEBU,1,kulit wajah cantik serta awet muda,1,kurangkan sakit ketika mengandung,1,kurus,3,kuruskan badan,1,lagu,1,langkah cegah hfmd,1,lecithin,1,lelaki,1,Leptospirosis,1,like,1,luka bersalin normal,1,Luka episiotomi,1,luminous gel oil cleanser,1,lumpuh sebelah muka,1,magnesium,1,maka Allah akan menjagamu,1,Makan lebih sayur,1,makanan sihat,1,manfaat utama bcomplex,1,mari melabur,1,mari menabung,1,masalah cyst,1,Masalah fibroid,1,masalah prostat,1,master,1,mata,1,Meal shakes shaklee,1,mealshake,2,Melahirkan anak adalah satu jihad,1,melakukan kebaikan,1,membeli rumah,1,mencari kekuatan diri,1,mencari rezeki,2,mengandung,1,mengatasi masalah kolestrol dan jantung,1,mengelakkan risiko mendapat kanser,1,Mengundanh rezeki,1,MENINGKATKAN KESUBURAN,1,Menjemput rezeki,1,menyewa rumah,1,meremajakan kulit wajah,1,milk booster,1,minda fokus dan tajam,1,mitokondria,1,moisturizer,1,motivasi,16,Motivasi diri,1,muhasabah diri,1,Mulut berbau,1,MUSCADINE GRAPE,1,muzium bukit malawati,1,myASNB,1,naikkan berat badan,1,nasihat,1,nasihat untuk ibu,1,niat berpuasa,1,niat buka puasa,1,night cream,1,noriah,1,nutrien,1,nutriferon,8,nutrisi lengkap,1,Nutrisi sihat,1,omega guard,3,omegaguard,1,Online,1,organik,1,Ostematrik,1,ostematrix,2,page,1,Paras normal trigeliserida,1,pelabur bijak,1,pelaburan,1,peluang bisnes dengan Shaklee,1,pemakanan,2,pemakanan sunnah,1,penapis air,1,penapis air murah dan jimat,1,pengalaman bersalin,1,pengalaman hamil,1,pengedar,6,PENGEDAR SHAKLE MERU KLANG,15,pengedar shaklee meru klang,15,Pengedar shaklee meru klang Dr. Zubaidi,1,pengedar shaklee yabg aktif,1,pengedar shaklee yang dipercayai,1,penjagaan kulit wajah,1,Penyakit Tangan,1,peppermint ginger plus,5,perfecting skin toner,1,performance drink,2,perisai,2,Petua awet muda,1,phytocol,1,pneumonia,1,polluxbiz,2,POLYGONUM CUSPIDATUM,2,produk penjagaan baby,1,produk penjagaan kulit wajah,1,promo,6,Promo mei 2018,1,promo youth,1,Promosi shaklee,1,PUNCA DAN CARA MENGATASI KAYAP DENGAN BERKESAN,1,punca hfmd,1,PUNCA KAYAP TERJADI,1,PURPLE CARROT,2,pythocol-st,1,rabun,1,radiance c&e,1,radikal bebas,1,Radio IKIM,1,rakan responsif,1,rasa sakit ibu mengandung,1,rawat gastrik,1,rawatan kencing tikus,1,resdung,1,resipi esp barli,1,resveratrol,2,RESVERATROL mengurangkan sakit lutut dan ketidakselesaan sendi,1,sabah,1,sabar,1,sakit hamil,1,sakit lutut,3,sakit sendi,1,saraf,2,sedekah,1,segera,1,selamat berpuasa,1,selamat hari ibu,1,selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak,1,selesema dan batuk,1,sembelit,2,semulajadi,1,sentiasa berkesan,1,sentiasa mesra alam,1,sentiasa selamat,1,senyum,1,set,6,Set anemia,1,set berpantang,1,set detoks shaklee,1,set imuniti kanak-kanak,1,set kanak-kanak shaklee,1,SET KESUBURAN SHAKLEE,1,set kolestrol,1,set menyusu shaklee,1,set penyusuan,1,set prenatal,1,set senggugut shaklee,1,set subur shaklee,1,set tenaga,1,SHAKLE MERU KLANG,1,shaklee,54,shaklee baby,3,shaklee effect,1,shaklee ejen,1,shaklee meru klang,2,shopping di shaklee,1,short tour,1,si comel pipi merah,1,SID rajin,1,sihat,6,sihat dan cantik,1,silaturrahim,1,simpanan,1,sistem pelepasan,1,siti aafiyah,1,siti selamat bersalin,1,skincare,4,sokong kesihatan manyeluruh,1,solat,1,solat awal waktu,1,story,3,stress,1,stress ibu,1,sumber makanan vitamin b,1,sunway geo,1,suplemen,4,suplemen shaklee,3,suplemen terbaik untuk hamil,1,suplemen untuk kulit,1,supplement,4,syaitan perosak manusia,1,syukur,1,taman soleh,1,TAMBAH PELABURAN ADAM50 DENGAN BONUS SHAKLEE,1,tanda-tanda resdung,1,tanggungjawab ibu bapa,1,tazkirah,1,telomeres,1,tenaga,1,Testimoni,1,Testimoni berjaya hamil,1,Testimoni cinch tea mix.,1,TESTIMONI COLLAGEN POWDER SHAKLEE,1,testimoni nutriferon,1,testimoni senggugut,1,testimoni vivix,1,Testimoni youth,1,Tingkatkan Imuniti kanak-kanak,1,tingkatkan kesihatan,1,tingkatkan tenaga sel,1,tips,15,Tips banyakkan susu ibu,1,tips hilangkan mukut berbau,1,TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR,1,tona tak sekata masalah kulit wajah,1,top,1,top 10 best seller,1,tren bukit malawati,1,TRIP,1,Trusted online seller,1,TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI,1,tulang,1,tunngu dan respons,1,ulangkaji bab puasa,1,ulser dalam mulut,1,urutan kembung perut,1,urutan saraf,1,Ustaz Ahmad Dusuki,1,utamakan keluarga,1,vegan,1,viitamin D,1,Vita.-C,3,vitalea,2,vitamin,1,vitamin a,1,vitamin C,5,Vitamin c shaklee,1,vitamin E,1,Vitamin hati,1,vitamin ibu hamil,1,vitamin kanak-kanak,1,vitamin saraf,1,vitamin selamat,1,vitamin semulajadi,1,Vitamin tenaga,1,vitamin untuk hamil,1,vitamon,1,vivix,17,Vivix shaklee,3,WAHM,1,wanita cekal,1,wanita kuat,1,wanita tabah,1,water pitcher,1,Ya Allah ampunilah dosa-dosaku,1,Youth,5,youth activating serum,1,youth journey,1,Youth shaklee,1,youth skincare,3,
ltr
item
FATIN HAMZAH | CERITERA VITAMINKU: 5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu
5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu
https://1.bp.blogspot.com/--Jn9CjI-tZ0/Wt2XCYhcGYI/AAAAAAAADC0/l2svbDKzcWoHfUPW3sTOMzBtRteXyF8FwCLcBGAs/s320/cara-alami-mengatasi-sakit-kepala-saat-hamil-alodokter.jpg
https://1.bp.blogspot.com/--Jn9CjI-tZ0/Wt2XCYhcGYI/AAAAAAAADC0/l2svbDKzcWoHfUPW3sTOMzBtRteXyF8FwCLcBGAs/s72-c/cara-alami-mengatasi-sakit-kepala-saat-hamil-alodokter.jpg
FATIN HAMZAH | CERITERA VITAMINKU
https://www.fatinhamzah.com/2018/04/5-rasa-sakit-ketika-mengandung-yang.html
https://www.fatinhamzah.com/
http://www.fatinhamzah.com/
http://www.fatinhamzah.com/2018/04/5-rasa-sakit-ketika-mengandung-yang.html
true
3377529461045029243
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy