Wednesday, April 11, 2018

Apa yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solat?


Apa yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solat?


Mencuri dalam solat bermaksud solat yang cepat-cepat, cincai atau ala kadar je. Solatnya tidak mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. 


Ceramah Mencuri Dalam Solat


Macam mana nak solat ikut cara Nabi?
Rujuklah Al-Quran dan kitab-kitab yang berkaitan.

Di antara contoh perbuatan mencuri dalam solat adalah apabila melakukan rukuk, tidak cukup 90 darjah dan bagi perempuan pula dia tidak merapatkan tangannya ke sisi. Kedudukan tangan semasa rukuk adalah dengan memegang kepala lutut. Selepas iktidal pula, takde takmaninah atau berhenti seketika. Laju berdesup ja kan kalah keretapi ekspres.

Satu lagi contoh apabila malakukan sujud. Tidak mengikut tertib. Anggota untuk sujud tidak cukup. Jari kaki juga salah kedudukannya. 

Ada juga yang mengatakan apabila tidak kusyu' juga dipanggil mencuri dalam solat. Ini kerana semasa mendirikan solat, fikiran tidak fokus dan melayang-layang teringat perkara yang lain. 

Semoga kita sama-sama memperbaiki diri terutamanya ketika mendirikan solat. 
Solat itu tiang agama.  Jika tidak solat, maka runtuhlah iman dan agamanya. Diibaratkan seperti rumah yang tak bertiang. Jika tiangnya tiada, maka runtuhlah rumah tersebut. 

Wallahulam.

No comments:

Post a Comment