Monday, April 23, 2018

Jom buat akaun asb online

ASNB dah online lah!!!

Jom buat akaun asb online.


Hari ini jadi peserta ADAM50. Hoorey. Berjaya jugak setelah beberapa kali tertangguh.

Kemudian tanya kat pegawai bank tu, "saya nak update sekali buku asb ni".

Buku-asb
Buku ASNB  lejen

Sambil senyum pegawai tu cakap "puan, sekarang ni tak pakai buku dah, semunya online"

Adeh sejak bila kah? Ekeke terasa kunonye diriku. Nak ketawa pun ada.

"puan kena daftar nombor telefon dulu kat kaunter, lepas tu buat akaun online, macam maybank2u tu"

Ok paham. Berita diterima. Jom create akaun asb online uols. Senang je layari website  www.myasnb.com.my

Ada tak yang senasib macam saya? Ketinggalan keretapi daaa

Ok lah Che Fatin nak cerita serba ringkas tentang myASNB ni.

Kelebihan menggunakan portal myASNB:

1. Tambah pelaburan terus dari akaun bank (bank-bank ahli FPX sahaja) anda secara dalam talian.
2. Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini.
3. Kemaskini maklumat peribadi dengan mudah.

Info: KISAH ESP SHAKLEE DAN SAYA

Syarat-syarat untuk mendaftar portal myASNB:

1. Mempunyai akaun dalam mana-mana unit amanah ASNB.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Telah mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan ASNB atau ejen.

Cara-cara nak mendaftar portal myASNB boleh rujuk flyers ni. 


Flyers-myportal-asnb
Flyers myportal asnb

Mana nak dapat flyers tu?

Mintak je kat mana-mana ejen ASB atau cawangan ASNB.
.
Ok selamat mencuba.

Fatin Hamzah
Jadilah pelabur yang bijak.

2 comments:

  1. Mudah dah kan skang. Di hujung jari semuanya.

    ReplyDelete
  2. ya betul mudah. nk tambah pelaburan bole online jugak

    ReplyDelete