Tuesday, April 17, 2018

Tips Banyakkan Susu Ibu

Nak Banyakkan Susu

Nak Banyakkan Susu?
Kena faham dulu Fakta Ibu Menyusu yang perlu anda ketahui.

Ibu menyusus perlukan makanan yang sihat

1. Ibu menyusu cepat rasa lapar terutama apabila selepas menyusu .
-Lapar tahap gaban kihkih sampai terketar-ketar tau satu badan dan kadang-kadang ibu menyusu akan marah-marah dan boleh bertukar jadi "hijau". Ini penangan kalau lambat makan!

2. Ibu menyusu sering letih dan lesu kerana banyak kalori yang dibakar semasa proses penyusuan.
-Sebab tu bila menyusu ibu2-ibu akan tertidur bersama bayi dan letih yang tak boleh diungkap. Pengsan terus!

3. Ibu menyusu sangat cepat berasa haus.
-Semasa menyusu tu wajib ada air kosong di depan. Biasanya apabila bayi mula menyusu, akan datang rasa haus yang sangat melampau.

Jadi bapak-bapak dan para suami jangan nak kecam ibu menyusu kuat tidur, kuat makan, badan bulat atau banyak spare tyre ke kan. Semua yang ibu menyusu lakukan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk menyokong tumbesaran anak-anak.

Tips banyakkan susu ibu

PETUA MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN  

Ini adalah resepi yang dikongsikan oleh seorang rakan saya yang mengamalkan pemakanan sunnah sebagai milk booster. Bahan-bahan sunnah tersebut dijadikan minuman. Di antara bahannya adalah:

1- KURMA 2 BIJI
2- BADAM 2 BIJI
3- KISMIS 7 BIJI
4- SUSU SEGAR

Kurma, badam dan kismis  ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah beranak ni memang selalu orang kata elok makan kurma dan semua kat atas tu. Kurma memang terkenal kaya dengan kalsium, zat besi dan  tinggi serat.

Ok cara nak buat minuman berkhasiat ni senang jer. Kesemua bahan di atas, dibuang bijinya, lepas tu blend dengan susu segar. Memang lazat! Dan memang sangat membantu. Diamalkan pada waktu minum pagi dan malam sebelum tidur .Tapi kena ingat ye ibu-ibu kena amalkan pemakanan seimbang juga dan kena ada demand and supply.

Jangan ingat kalau dah ambil milk booster susu kita terus melimpah ruah. Pemakanan tak dijaga dan tak usaha untuk mengepam. Ni bagi ibu bekerja ye. Jangan malas sangat. Nak susu banyak kenalah usaha dan istiqomah. Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsep nya mudah je. Ada permintaan (demand), makan ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh.

Satu lagi jiwa dan hati kena tenang. Tak boleh stress. Susu pun pandai merosot bila emosi kita tak stabil tau. Jangan cepat stress bila susu tak banyak. Ikhtiar selagi daya.
Boleh cuba juga buat power pumping selama satu jam.

Kalau masih tak berjaya, jangan paksa diri. Bagi la susu formula. Kesian kat bayi tu lapar pulak nanti.



Boleh baca juga entri MAKANAN TERBAIK UNTUK MILK BOOSTER 


BAGAIMANA PULA DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN?

Selain mengamalkan pemakanan sunnah, saya juga mengamalkan suplemen semulajadi. Semestinya SHAKLEE pilihan saya. Sebab ianya berkesan.

Set-penyusuan-shaklee
Saya memgamalkam set penyusuan shaklee


Ini testimoni saya sendiri. Sekali pump dapat 160ml. Hari ini merupakan hari pertama saya masuk kerja setelah bercuti 3 bulan untuk maternity leave. Sangat berpuas hati dengan hasil hari ini. Alhamdulillah.

Testimoni-set-menyusu
Testimoni menggunakan set menyusu shaklee oleh saya sendiri.

Ibu menyusu perlukan nutrien yang secukupnya. Untuk tubuh badan ibu sendiri dan untuk bayi yang disusukan. Nutrien yang diperlukan adalah hampir sama ketika ibu hamil. Boleh baca KEPENTINGAN SUPLEMEN BAGI IBU HAMIL UNTUK ATASI MASALAH ANEMIA.

Salah satu suplemen dalam set menyusu shaklee adalah ESP yang kaya dengan protein. Berita baik bulan ni ada PROMO ESP. Jangan lupa dapatkannya.

Terdapat banyak suplemen untuk milk booster di pasaran. Pilihlah jenama suplemen yang SELAMAT, SEMULAJADI, MESRA ALAM DAN TERBUKTI BERKESAN. Memilih jenama yang betul akan mengubah kehidupan kita.

Bagaimana pula jika ada yang claim kata suplemen shaklee ni tak berkesan?

Sila jawab checklist berikut?
1. Adakah anda mengamalkan pemakanan yang seimbang?
2. Anda suka makan makanan fast food?
3. Adakah anda menggunakan MSG, ajinomoto atau apa-apa perisa dalam masakan?.
4. Bagaimana dengan gaya hidup, berapa kerap anda bersenam?
5. Adakah anda seorang perokok?
6. Adakah anda penggemar tegar minuman berkarbonat dan berkafein?
7. Anda tahu tak  cara pengambilan suplemen yang betul?

Apa yang kita makan serta amalan gaya hidup mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi JOM SIHAT. JAGA KESIHATAN. OK.

Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang



11 comments:

  1. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Saya pun amalkan Set penyusuan Shaklee ni alhamdulillah anak dekat 2tahun dah

    ReplyDelete
  3. Dari anak sulung pun dah consume set menyusu, sekarang sambung pula anak yang kedua. Alhamdulillah. 😊

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..saya amalkan milkbooster shaklee.😊

    ReplyDelete
  5. Wahhh... suka tips ni😍
    Banyak membantu saya sebagai ibu menyusu

    ReplyDelete
  6. terima kasih tipsnya..sangat berguna untuk ibu menyusukan anak

    ReplyDelete