Saturday, May 19, 2018

5 SEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAP


siapa ada masalah anak lambat bercakap?
Setiap ibu bapa mesti risau jika anak-anak lambat bercakap. 
Ada masalah ke anak aku ni? Apa yang perlu aku buat?
Begitulah persoalan yang berlegar-legar di kepala si ibu kan.

Anak-lambat-bercakap
Anak lambat bercakap. 

Baca lagi: Suplemen untuk tingkatkan nutrisi anak-anak

Makanan terbaik untuk anak-anak


https://cikpuok.blogspot.my/2018/04/makanan-tambahan-yang-baik-untuk-kanak.html?m=1


5 FAKTOR ANAK LAMBAT BERCAKAP
Ini 5 punca anak lambat bercakap yang perlu anda tahu.

1. KURANG BERBUAL DENGAN ANAK-ANAK
Anda perlu banyakkan berbual dengan anak. Katakanlah apa jua perkara yang boleh menarik minat anak anda untuk berbual biarpun anak anda akan membalas percakapan anda dengan bahasa yang kurang difahami.

Ianya dapat membantu anak untuk bercakap. Teknik ini juga merupakan pengikat di antara ibu bapa dan anak-anak. Kadangkala terdapat anak yang terlalu malu atau tak berani bersuara kerana takut dimarahi kerana hubungan yang tidak rapat dengan ibu bapa.



2. KURANG PENDEDAHAN PADA PERKATAAN
Ingat ye, anak-anak tidak semestinya diperkenalkan dengan perkataan baru melalui buku, tetapi juga daripada deria mereka. Yakni apabila mereka melihat, menyentuh, merasa dengan lidah, atau menghidu. 



Sebab itu lah anak-anda perlu digalakkan untuk mengeksplorasi dunia mereka. Berikan kebebasan kepada mereka untuk bermain tapi pemantauan itu perlu juga. Anak-anak yang aktif dapat membantu meluaskan kosa kata mereka. 

Bercakap-dengan-anak
Selalulah bercakap dengan anak untuk meransang percakapan mereka.

3. TERLALU LAMA DENGAN GAJET
Dalam zaman serba canggih ini, memang sukar untuk kita menghalang anak daripada menonton gajet. Benar, ada banyak rancangan dan video pendidikan dalam gajet yang boleh merangsang minda mereka. Tetapi, kebanyakan komunikasi ini adalah bersifat 1 hala.
Berbeza dengan aktiviti outdoor seperti bermain di taman permainan, berbasikal, bermain pasir, berlari-lari dan sebagainya. Aktiviti outdoor akan lebih mengaktifkan psikomotor dan afektif mereka.

Ketagih-gajet-punca-lambat-bercakap
Ketagih gajet punca anak lambat bercakap

4. CHILD TALK
Anak-anak yang baru belajar bercakap pasti tidak betul sebutannya atau dipanggil pelat.
Kita sebagai orang dewasa yang boleh bercakap dengan lancar tidak seharusnya mengikut percakapan anak-anak yang pelat atau dipanggil child talk. 



Ini kerana child talk tidak membantu mereka untuk bercakap. Bercakaplah dengan bahasa yang normal agar mereka boleh belajar bercakap dengan betul. 

Sejak berumur dua bulan, bayi sudah boleh mengeluarkan suara seolah-olah bercakap. Namun, percakapan bayi di usia ini tidak mungkin difahami. Mereka hanya berbual-bual kosong tanpa sebarang erti.



Selari dengan peningkatan usia, bayi akan mengubah gaya percakapan. Bermula dari: 
a) mengeluarkan bunyi
b) bercakap satu suku kata seperi mama, baba, da, ta dan seterusnya.

Berdasarkan kajian, purata anak boleh mula bercakap ialah pada umur satu tahun dan ke atas. Namun setiap kanak-kanak perkembangannnya tidak sama. Ada yang cepat bercakap dan ada yang sudah berumur 3 tahun pun masih belum bercakap.

5.  ANAK-ANAK KURANG BERGAUL DENGAN ORANG DEWASA.
Anak-anak yang kerap bergaul dengan orang dewasa biasanya akan lebih cepat bercakap berbanding anak-anak yang bergaul dengan rakan sebaya.
Ini kerana anak-anak cenderung untuk mengikut cara  percakapan orang dewasa. Kosa kata mereka juga dapat diperluaskan.


Itu adalah 5 faktor umum penyebab kanak-kanak lambat bercakap. Jika anda perlukan kepastian segeralah berjumpa dengan doktor. Mana tahu anak anda mungkin menghadapai masalah lain seperti autisme, masalah pertuturan dan pendengaran. Jangan dipandang remeh masalah anak lambat bercakap ni ye. Ibu bapa harus peka dengan perkembangan anak-anak.

Masalah-pendengaran-lambat-bercakap
Masalah pendengaran dan lambat bercakap

Autisme-speech-delay
Lambat bercakap salah satu tanda Autisme. 


Sekian dulu entri pada kali ini.

Selamat Berpuasa dan semoga amalan kita diterima olehNya. Aamiin.
"Pengedar Shaklee Meru Klang Yang Tulis"
2 Ramadhan 1439H.

7 comments:

  1. Anak saya pun lambat bercakap, sekarang dia pergi Borneo Montessori Play School. Harap harap ada perubahan lepas bergaul dengan kanak kanak lain.

    ReplyDelete
  2. Anak sy nk masuk 2yrs old. Tp masih kira lambat. X byk words dia. Tp doc kata masih ok. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna info ni Kak untuk parents

    ReplyDelete
  4. Time Sora dulu dia lambat, sb rasanya byk bahasa. Sekali Tito yg ditaska, satu language ja lbh byk bckp dr Sora. Terpaksa kmi ckp 1 bhsa ja😂

    ReplyDelete
  5. Betul2, kalau kita kurang bergaul dgn anak2, anak akn lambat bercakap & 1 lagi yg selalu doc pesan kalau mau bercakap dgn anak kena guna bahasa yang betul jgn guna bahasa baby (baby talk).

    ReplyDelete
  6. anak sy no 2 pun kira lambat bercakap 2yrs + pun masih baby talk.. tapi since abang dia selalu bercakap memang dia dapat belajar dari abang

    ReplyDelete
  7. Betul ibu bapa kena rajin bercakap sama anak lagi2 yg baru cecah umur 1 tahun lebih

    ReplyDelete