Tuesday, May 8, 2018

APA ITU PNEUMONIA DAN BRONKITIS KEPADA KANAK-KANAK


PNEUMONIA DAN BRONKITIS KEPADA KANAK-KANAK.

Apa itu Pneumonia?

Jangkitan di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus.

Pneumonia yang biasa menyerang di kalangan kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia akibat jangkitan ini.

pneumonia-jangkitan-pundi-udara

Pneumonia adalah jangkitan pundi-pundi udara

Simptom dan Tanda-tanda

Ia berbeza-beza mengikut usia dan bergantung kepada masalah yang dihadapi sama ada:

1. Meningitis: demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan.


2. Radang paru-paru: boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan.


3. Otitis Media (Jangkitan telinga tengah): sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

1. Demam panas.


2. Batuk dengan atau tanpa kahak (mukus dikeluarkan dari paru-paru)


3. Sakit dada


4. Tiada selera makan dan tidak mahu makan.


5. Rasa tidak sihat dan sering merengek.


6. Pernafasan laju atau susah bernafas.


7. Muntah atau cirit birit.


Jangkitan kuman pada paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka mudah kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan oksigen.

SET JERAWAT SHAKLEE

Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paru

Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan.

1. Tidak serius dan disebabkan oleh virus: sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberikan ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak.


2. Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria: doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya.


3. Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan.


4. Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal: anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Langkah-langkah Pencegahan

1. Mengekalkan amalan cara hidup sihat.

2. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.

3. Meneruskan penyusuan susu ibu.

4. Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti vaksin pertussis (batuk kokol), vaksin measles (demam campak), vaksin influenza dan vaksin pneumococcal.


vaksin-pneumokokal
KKM kaji keperluan vaksin pneumokokal

Baca lagi: Vaksin Pneumokokal
   

Berjumpalah doktor sekiranya:

1. gejala masih berterusan
2. suhu badan meningkat lebih 38 darjah celsius
3. sesak nafas dan dada yang semakin teruk
4. batuk yang berpanjangan dan kahak berubah warna/berdarah
5. kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru
6. muntah, loya dan mengalami cirit-birit.

Apa itu Bronkitis?

Bronkitis adalah sejenis keradangan pada saluran pernafasan iaitu di tiub bronkoli.

Bronkitis-adalah-jangkitan-pada-saluran-pernafasan

Bronkitis adalah jangkitan pada saluran pernafasan


Bronkitis terjadi akibat dari virus atau bakteria. Keadaan akan bertambah buruk apabila terdedah kepada udara yang tercemar seperti asap rokok, asap kenderaan, asap dari kilang dan sebagainya.

Apabila paru-paru kita menyedut udara yang tercemar, maka terjadilah jangkitan pada salur pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan terjadinya pengeluaran mukus yang banyak. Ini akan "block" salur pernafasan dan menyebabkan ianya sempit. Maka pernafasan menjadi sukar.

Jenis-jenis Bronkitis:

1) bronkitis akut

- batuk yang mengandungi sedikit kahak atau tiada.
- demam ringan kurang atau sama dengan 38 darjah celcius.
- sakit tekak
- sakit otot
- kelesuan

2) Bronkitis kronik

- penyebab utamanya adalah merokok.
- batuk berterusan dan mengeluarkan kahak yang banyak. Biasanya batuk teruk akan berlaku pada waktu pagi dan keadaan ini dipanggil sebagai "batuk perokok"
- sukar bernafas dan sesak dada.
- pernafasan berbunyi "wheezing"
- mulut dan jari menjadi kebiruan.
- pengsan kerana keracunan dalam darah.

Kaedah rawatan untuk bronkitis dan langkah pencegahan

- Dapatkan rehat yang secukupnya.
- Banyakkan minum air putih untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
- urut belakang untuk kendurkan otot-otot supaya pesakit akan rasa selesa.
- jika merokok, sila tinggalkan tabiat tersebut dengan segera.
- jauhi persekitaran yang tercemar. Jika perlu pakailah topeng muka.
- ujian DNA akan dilakukan untuk mengkodkan penyakit bronkitis berada di tahap mana. Ubat-ubatan akan diberikan untuk menguatkan antibodi, imun sistem, saraf tunjang, dan memperbaiki kerosakan DNA kepada penghidap bronkitis.


Jika anak-anak anda mengalami batuk yang berpanjangan dan didapati sukar untuk bernafas, segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor. Penyakit yang berkaitan dengan pernafasan ini amat merbahaya. Jangan dibiarkan. Rawatlah dengan segera.

Info Kesihatan dari
Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang
Ummi Suka Sihat dan Cantik Yang Tulis




3 comments: