Monday, May 21, 2018

Cara atasi anak lambat bercakap

Cara atasi anak lambat bercakap di rumah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entri sebelum ini adalah mengenai 5 SEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAPHari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengatasi anak lambat bercakap di rumah.

Menurut doktorbudak.com, jika anda ingin mendapatkan kepastian kenapa anak lambat bercakap, bolehlah lakukan perkara yang berikut:
  1. berjumpa dengan doktor kanak-kanak
  2. berjumpa denagn pakar terapi bahasa atau pathologist
  3. berjumpa audiologist (pakar telinga) untuk mengenalpasti sama ada anak anda mengalami masalah pendengaran yang menjejaskan proses percakapan.
parenthood
Hargai anak anda

Berikut adalah cara-cara mengatasi masalah anak lambat bercakap di rumah.

1) Cari Rakan Responsif

Rakan responsif memainkan peranan yang penting terutama bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak ‘speech and language delay’. Biar anak-anak bergaul dengan rakan yang lebih kurang sebaya tapi aktif dalam percakapan. Ini akan menggalakkan anak-anak kita untuk bercakap.


2) Ikut minat anak anda dalam topik perbualan.

Ikuti minat anak anda dalam topik perbualan. Target kita adalah untuk menggalakkan anak-anak untuk bercakap dan bukannya pandai belajar. Bila kita ikut rentak perbualan mereka, kita mampu untuk memperkenalkan bahasa dan pengalaman baru kepada mereka. Percayalah anak-anak anda pasti suka bila kita turut sama dalam alam penceritaan mereka.

3) Jadilah rakan kepada anak kita

Bila kita jadi kawan kepada anak-anak, minat dapat dikongsi bersama. Akan wujudnya perbualan. Jangan tak percaya bila anak anda mula berimeginasi bila bercerita. Dengan sifat berkongsi inilah mewujudkan keselesaan untuk saling berinteraksi.


4) Tunggu dan Respon

Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berinteraksi dengan kita. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan. Bila mereka mula bercakap, responlah. Mereka tentu gembira.

Jadi sebagai ibu bapa hargai dan berilah peluang untuk anak anda meneroka dunia ini. Jangan persalahkan mereka jika lambat bercakap. Sokong dan didiklah mereka. Anak adalah permata hati kita dan amanah dari Allah s.w.t.

Read more: ATASI MASALAH GASTRIK



Jumpa lagi pada entri akan datang. Sila komen dan share ye. Semoga bermanfaat.

Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Anda
Ummi Suka Sihat dan Cantik Yang Tulis.

3 comments: