Saturday, June 9, 2018

RESVERATROL mengurangkan sakit lutut dan ketidakselesaan sendi

RESVERATROL mengurangkan sakit lutut dan ketidakselesaan sendi


Tau tak RESVERATROL adalah bahan yang terbaik untuk kurangkan sakit lutut dan ketidakselesaan sendi?


Sakit-lutut
Sakit lutut dan sendi

Apa sebab berlakunya sakit sendi dan lutut?

Ianya, selari dengan pertambahan umur, iaitu apabila kolagen dan kalsium makin berkurangan iaitu mengalami penyusutan.  Apabila cecair di lutut makin berkurangan, tulang rawan lutut makin haus, sendi mula membengkak, kaki sakit, tumit berbisa dan macam-macam lagi. Itu tandanya kita mula ada simpton sakit sendi dan lutut.

Dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:


  1. Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  2. Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Resveratrol
Resveratrol mampu menghalang kanser dari merebak di dalam tubuh badan.




Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah:


  1. Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  2. Pergerakan.
  3. Kekakuan (stiffness).
  4. Ketidakselesaan sendi.
Ketidakselesaan-sendi

Di antara Ketidakselesaan Sendi

Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit *osteoarthritis*(OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.

Kalau nak lebih faham secara ringkasnya, kajian menunjukkan resveratrol  berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Resveratrol bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

7 sebab Resveratrol berupaya membantu mengurangkan masalah sendi (arthritis)

1. Resveratrol bertindak pada genes untuk mengurangkan masalah arthritis

Beberapa jenis athritis adalah berkaitan dengan gangguan genetik, seperti rheumatoid arthritis. Menurut kajian, resveratrol dapat berinteraksi dengan faktor transkripsi sel yang juga dikaitkan dengan gejala arthritis dan berupaya untuk menghalangnya. Ia turut menunjukkan bahagian tulang rawan yang bertambah kuat.

2. Resveratrol melindungi sendi

Arthritis berlaku apabila berkurangannya tulang rawan. Menurut kajian, kehadiran resveratrol dalam badan membantu menghalang bermulanya masalah arthritis kerana ia memantau enzim dan melegakan kerosakan yang disebabkan oleh tisu.

3. Resveratrol dapat menghalang arthritis menjadi semakin teruk

Apoptosis adalah sejenis sel yang bahaya kerana ia boleh merosakkan tulang rawan dan dapat melemahkan sendi. Menurut kajian, resveratrol dapat melambatkan aktiviti sel apoptosis dan ini dapat mencegah daripada berlakunya kerosakan tulang rawan.

4. Resveratrol meningkatkan pertahanan anti oksidan

Kita sememangnya terdedah dengan serangan radikal bebas. Dalam badan kita ni pun sebenarnya memang dah ada radikal bebas. Apabila kadar pengumpulan radikal bebas lebih tinggi daripada kadar penghapusan, maka tekanan oxidative wujud. Dan inilah yang menyebabkan bermulanya masalah sendi (arthritis) kerana radikal bebas ini bertindak pada sendi dan mempercepatkan proses penuaan.
Kajian menunjukkan kehadiran polifenol di dalam resveratrol dapat membantu mencegah masalah arthritis kerana ia menghalang radikal bebas daripada menyerang badan. Ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan sel.

5. Resveratrol mengandungi kesan anti-keradangan

Keradangan adalah salah satu punca pembengkakan dan sakit di bahagian sendi. Ini terjadi kerana tindak balas sistem imunisasi badan kita ingin menghalang daripada kerosakan DNA di bahagian tersebut. Kajian menunjukkan resveratrol berpotensi untuk melindungi sendi terhadap kesan keradangan arthritis.

6. Resveratrol membantu menurunkan berat badan

Obesiti merupakan antara faktor yang boleh melemahkan sendi. Lemak berlebihan di dalam badan menghasilkan terlalu banyak beban dan ini melemahkan kekuatan collagen yang bertanggungjawab untuk melindungi tisu-tisu yang berhubung. Kajian menunjukkan resveratrol dapat membantu mencegah daripada kenaikan berat badan yang melampau. Resveratrol memberikan nutrisi penting yang diperlukan oleh serat collagen dan tisu yang sihat.

7. Resveratrol melindungi dan menguatkan tisu tulang

Keseimbangan antara mekanisma anabolic dan catabolic adalah penting untuk mengekalkan kesihatan rawan. Resveratrol dapat membantu meningkatkan pembentukan catabolic yang bertanggungjawab untuk arthritis expression. Oleh itu, resveratrol dapat membantu mencegah pengurangan tulang rawan dan meningkatkan kestabilan tulang.

Manfaat-resveratrol


Kat mana nak dapatkan resveratrol tu?

Sebenarnya resveratrol merupakan salah satu kandungan di dalam vivix. Jadi kalau nakkan khasiat resveratrol, carilah vivix. Nak vivix carilah saya okeh. Jumpa lagi di entri akan datang.

Testimoni-sakit-sendi
Testimoni pertama

Testimoni-sakit-sendi
Testimoni kedua


Fatin Hamzah 0175438337 atau http://fatinhamzah.wasap.my
Pengedar Shaklee Meru Klang 

No comments:

Post a Comment